Kombinasi angin dan pergerakan pasang surut air menjadi antara faktor yang empat remaja di Pantai Tanjung Lompat, Penawar, Kota Tinggi sebelum terus ke laut sehingga lemas

KOTA TINGGI – Kombinasi angin dari arah selatan dan pergerakan pasang surut air mewujudkan arus kuat yang berkeupayaan menarik empat remaja di Pantai Tanjung Lompat, Penawar, di sini sebelum terus ke laut sehingga lemas kelmarin.

Pengusaha sukan luncur air, Ahmad Syahir Muhammad Zainudin, 49, berpendapat, keadaan itu mewujudkan risiko tinggi yang amat berbahaya kepada pengunjung yang tidak bentuk muka bumi dan keadaan di kawasan pantai berkenaan.

“Kawasan berhampiran berbatu di sini laluan utama yang mana arus akan tarik terus ke laut. Orang awam selalunya kurang pengetahuan mengenai keadaan bahaya laut seperti ini.

“Kehadiran ahli komuniti surfer di kawasan perairan ini secara tidak langsung bertindak sebagai ‘penyelamat’ yang kerap membantu menyelamatkan mangsa hanyut sebelum ini,” katanya ditemui di pos kawalan di pantai berkenaan.

Maritim dan pasukan keselamatan lain sedang bertungkus lumus mencari seorang lagi mangsa lemas yang belum ditemui

Menurutnya, situasi berisiko itu selalunya hanya berlaku sekitar dua hingga tiga minggu menjelang fasa monsun hujung tahun.

Bagaimanapun katanya, keadaan cuaca tahun ini agak luar biasa apabila tempoh ombak besar dan arus kuat berlarutan sehingga empat minggu.

Tambahnya, bahaya fenomena itu turut menyebabkan komuniti nelayan tempatan mengambil langkah berwaspada dengan menghentikan sementara aktiviti bot-bot kecil akibat keadaan ombak yang bergelora.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar, Fauziah Misri berkata, pantai berkenaan merupakan kawasan yang tidak dibuka kepada orang awam bagi sebarang aktiviti riadah termasuk mandi-manda dan berkelah.

Operasi SAR diperluaskan kawasan pencariannya sehingga dua batu nautika sejak semalam

Katanya, pantai itu tidak diselenggara oleh mana-mana pihak dan hanya digunakan oleh komuniti nelayan setempat untuk turun ke laut.

Kelmarin portal ini melaporkan, enam remaja lemas selepas menjalankan aktiviti mandi pantai, sebelum dua daripada mereka berjaya diselamatkan orang awam, manakala empat yang lain hilang.

Dua daripada mangsa yang hilang iaitu Alif Taqiuddin Kamal Hasrul, 16, ditemukan lemas pukul 1.25 petang kelmarin manakala Muhammad Thaqif Rayyan Rumainoor, 16, pula ditemukan pukul 1.53 petang semalam.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa yang masih hilang iaitu Mohamad Haiman Fitri Supian dan Muhammad Adib Hafiy Kamal, masing-masing berusia 16 tahun masih diteruskan pada hari ketiga hari ini.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia memaklumkan, seorang daripada mangsa ditemui pagi ini dan ahli keluarga sedang melakukan proses pengecaman mayat.

Sementara itu, Ketua Operasi Pengkalan Hadapan Carilamat, Leftenan Muda Maritim Amirul Hakim Huri berkata, operasi SAR seorang lagi remaja yang masih hilang diteruskan bersama-sama agensi lain.

Amirul Hakim Huri

Katanya, operasi terus menjalankan usaha mencari mangsa yang masih hilang bagi memastikan dapat ditemukan secepat mungkin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here