Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Terima tawaran kerja sebagai pengurus melalui panggilan telefon menjadi punca seorang lelaki mengalami kerugian sebanyak RM39,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan tawaran kerja secara atas talian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abd Yusof berkata, siasatan mendapati mangsa berusia 54 tahun menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali pada 15 September lalu yang menawarkan jawatan berkenaan kepadanya.

“Mangsa diminta untuk membuat pembayaran dengan alasan akan dibayar semula semasa sesi temuduga dan kemudian mangsa telah membuat beberapa pemindahan wang ke akaun bank yang diberikan suspek.

“Pada 16 September lalu, mangsa membuat tiga transaksi yang kesemuanya berjumlah RM 39,000 namun lelaki itu mula berasa curiga dan mengesyaki dirinya telah ditipu apabila mendesaknya membuat bayaran tambahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu katanya, mangsa bertindak membuat laporan polis dan kes sedang disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah mempercayai tawaran kerja yang dipromosikan secara dalam talian,” jelasnya,. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here