(Gambar fail) Tun Dr. Mahathir Mohamad ditemani isteri, Tun Siti Hasmah Ali ketika hadir pada Majlis Siri Kepimpinan Mahathir Mohamad di Hotel Istana, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 19 DISEMBER 2018.

Bermula sebagai dua insan muda yang menuntut ilmu perubatan, cinta Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali akhirnya membawa mereka ke alam perkahwinan pada 5 Ogos 1956. Dari saat itu, mereka berjalan bersama selama 70 tahun membina keluarga, melalui jatuh bangun kehidupan dan menghadapi pelbagai perubahan zaman.

Di sisi Tun Mahathir, Tun Siti Hasmah bukan sekadar seorang isteri. Beliau adalah teman seperjalanan yang sentiasa hadir dalam setiap fasa kehidupan ketika susah, ketika berjaya, dan ketika usia semakin lanjut.

Kini, setelah 70 tahun berkongsi hidup, perjalanan itu sampai ke penghujungnya.

Cinta itu bermula dengan sebuah kata-kata kecil… dan berakhir dengan sebuah perpisahan yang begitu besar.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad selepas hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri sempena Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh seluruh umat Islam di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 05 JUN 2019.
Reaksi ceria Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali ketika melambai tangan kepada orang ramai semasa menaiki lif selepas hadir pada Majlis Persidangan Sulung Hari Warga Emas Sedunia 2018 di Petrosains, Suria KLCC, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 06 OKTOBER 2018
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali melambaikan tangan kepada tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Perdana Menteri Bersama Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 15 JUN 2018
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali hadir pada sambutan Ulang Tahun Kelahiran yang ke 100 tahun di Kompleks Yayasan Perdana, Putrajaya. Foto AIZAT ZAINAL, 10 JULAI 2025.
Isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hadir pada Majlis Berbuka Puasa bersama Tun Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 20 MAC 2025.
Isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Siti Hasmah Ali hadir di sekitar kawasan tahfiz ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette berikutan kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Foto MALAYSIAGAZETTE, 15 SEPTEMBER 2017.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bergambar kenangan bersama Presiden Iran, Hassan Rouhani (empat kiri), Emir of Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani (lima kiri), Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Summit Kuala Lumpur 2019, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Presiden Turki, Tayyip Erdogan (empat kanan) pada Majlis Perasmian Summit Kuala Lumpur 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 19 DISEMBER 2019
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (dua kiri) ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (dua kanan), Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan) dan Ketua Setiausaha Negara, Dr Ismail Bakar (kiri) hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 Jabatan Perdana Menteri di Puspanita Puri, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 20 jun 2019
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membantu isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali untuk menonton tayangan khas Ejen Ali The Movie di GSC Pavillion, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 09 DISEMBER 2019
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap sesuatu dengan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2020 Bersama Persatuan-Persatuan Cina Klang di Bangunan Persatuan Hokkien Klang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 26 JANUARI 2020
Isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hadir pada Majlis Berbuka Puasa bersama Tun Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 20 MAC 2025.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Siti Hasmah Mohamad Ali diiringi Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Profesor Datuk Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa (kiri) meluangkan masa melawat ruang pameran pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke-60 Balai Seni Negara di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 04 SEPTEMBER 2018
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (tiga kiri) ditemani isteri, Tun Siti Hasmah (empat kiri), Pengerusi FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (dua kiri) dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kiri) ketika hadir menonton perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 11 DISEMBER 2018
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diiringi isterinya Tun Siti Hasmah Mohamad Ali dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub (kiri) melawat tapak pameran pada Majlis Perasmian MAHA 2018 di Dewan D, MAEPS Sedang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 22 NOVEMBER 2018
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan hadir, turut mengiringi isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali selepas menunaikan Solat Sunat Aidilfitri yang disambut oleh seluruh umat Islam di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 05 JUN 2019
Penaung Tabung Pahlawan, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali melakukan persembahan khas mengesek biola pada Majlis Makan Malam Amal Kempen Tabung Pahlawan 2019 di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 21 OKTOBER 2019.
Isteri kepada Perdana Menteri, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali beramah mesra dengan kanak-kanak pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2019 di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 05 JUN 2019
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (kanan) berpimpin tangan bersama ibunya, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali pada Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Majlis Parlimen Yang Keempat Belas 2018 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 17 JULAI 2018
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali ketika menyambut ulang tahun ke-100 pada Perhimpunan Agung Parti Pejuang Tanah air Tahun 2025 di IDCC Shah Alam. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 JULAI 2025
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali turut serta Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus melihat buku pada Majlis Pelancaran Buku Bertajuk ‘Tun Ismail Ali Paragon of Trust and Intergrity’ di Auditorium Sasana Kijang, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 08 OKTOBER 2018
Isteri kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali kelihatan gembira ketika hadir bagi menyerahkan sumbangan kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan di Global Doctors Hospital, Mont Kiara. foto AFIQ RAZALI, 04 DISEMBER 2018.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here