PARIS – Pelancong di Perancis berdepan kelewatan dan pembatalan penerbangan pada Selasa selepas pihak berkuasa penerbangan mengarahkan syarikat penerbangan mengurangkan perkhidmatan susulan mogok sektor awam di seluruh negara.

Pihak berkuasa penerbangan awam Perancis (DGAC) pada Isnin malam meminta syarikat penerbangan mengurangkan penerbangan sebanyak lima peratus di Lapangan Terbang Paris Charles de Gaulle, lapangan terbang paling sibuk di negara itu, dan 25 peratus di Lapangan Terbang Marseille-Provence.

Penerbangan di lapangan terbang Paris itu akan dikurangkan antara pukul 7 pagi hingga 8 malam (waktu tempatan), manakala sekatan di Marseille berkuat kuasa dari pukul 4 petang hingga tengah malam.

DGAC berkata langkah itu bertujuan untuk “menghadkan gangguan dan menjamin keselamatan operasi penerbangan”.

Pihak berkuasa itu turut memberi amaran mengenai kemungkinan gangguan di lapangan terbang di Nantes, Strasbourg, Limoges, Tarbes-Lourdes dan Pau, selain menggesa penumpang menyemak status penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing sebelum melakukan perjalanan.

Gangguan itu berlaku ketika kesatuan sekerja sektor awam mengadakan protes di seluruh negara berhubung pembekuan gaji penjawat awam yang baharu.

Tindakan itu dilihat sebagai usaha meningkatkan tekanan terhadap kerajaan beberapa hari sebelum pembentangan Belanjawan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here