Menteri KDN Datuk Seri Hamzah Zainuddin (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Duta China ke Malaysia sebagai tanda penghargaan kepada bantuan negara itu yang menghulurkan topeng muka untuk kegunaan perubatan memerangi Covid-19 di Blok D KDN Putrajaya petang tadi pada Isnin 30 Mac 2020.

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menerima sumbangan 20,000 penutup hidung dan mulut daripada Kedutaan Besar China di Malaysia.

Bekalan penutup hidung dan mulut itu adalah untuk kegunaan barisan hadapan KDN.

“Sumbangan ini mencerminkan hubungan diplomatik dan persahabatan yang erat antara kedua-dua negara,” kata kementerian tersebut dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sumbangan diserahkan kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast