.Sejumlah 43 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat pukul 11.59 malam tadi dengan 20 daripadanya kematian di luar hospital (BID).- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sejumlah 43 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat pukul 11.59 malam tadi dengan 20 daripadanya kematian di luar hospital (BID).

Berdasarkan data dikongsi Kementerian Kesihatan (KKM) di laman sesawang COVIDNOW, jumlah kumulatif angka korban akibat wabak tersebut kini berjumlah 32,433 kes.

Sabah mencatatkan kematian baharu tertinggi sebanyak 12 kes diikuti Johor sebanyak sembilan kes, Negeri Sembilan (4), Selangor (4), Kedah (3), Pulau Pinang (3) dan Kelantan (3).

Manakala Melaka dan Perak masing-masing mencatatkan dua kes kematian serta Kuala Lumpur melibatkan satu kes.

Dalam perkembangan berkaitan, laman sesawang itu memaparkan kes aktif kini berjumlah 267,084 kes dengan pertambahan sebanyak 8,099 manakala 7,574 pesakit Covid-19 masih ditempatkan di hospital.

Sementara itu, kes sembuh yang dicatatkan sehingga semalam sebanyak 19,037 kes dengan jumlah kumulatif 2,974,441 kes.

COVIDNOW turut berkongsi angka individu yang menjalani kuarantin di rumah iaitu seramai 254,520 orang atau bersamaan dengan 95.3 peratus manakala seramai 4,704 orang (1.8 peratus) berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast