
COLORADO – Seorang pegawai polis dibunuh dan empat lagi cedera selepas ditembak ketika menjalankan pemeriksaan terhadap satu pertengkaran di sebuah kediaman.
Tembakan itu berlaku di apartmen di Highlands Ranch, dekat selatan Denver.
Pihak berkuasa mengesahkan dua orang awam juga terkena tembakan sebelum suspek ditembak mati.
Penduduk di kawasan itu diletakkan dalam isyarat merah dan diberitahu untuk tinggal di dalam kediaman masing-masing semasa kejadian.
Orang ramai diberitahu untuk mengelakkan kawasan itu. Skuad bom dan Swat juga berada di tempat kejadian.
Pada sidang akhbar, polis mengesahkan pegawai, Zackari Parrish, 29, yang sudah berkahwin dan memiliki dua orang anak meninggal dunia.
Polis berkata, pihaknya dipanggil ke sebuah kediaman selepas beberapa jiran memaklumkan tentang pertengkaran melibatkan dua lelaki yang merupakan rakan sebilik.
Selepas polis dibenarkan memasuki apartmen itu, mereka ditembak oleh suspek yang menggunakan senapang sebanyak 100 kali sebelum dia dibunuh.
Identiti suspek belum didedahkan lagi.
Empat anggota polis yang berusia antara 28 hingga 41 mengalami kecederaan dan selamat.
Dua orang awam yang cedera turut dirawat. – MalaysiaGazette















