Ketua delegasi Korea Utara, Ri Son Gwon bertukar dokumen dengan wakil Korea Selatan Cho Myoung-gyon selepas mesyuarat di Zon Penampan Tentera, sempadan kedua-dua negara itu. foto Reuters

SEOUL – Korea Utara dan Korea Selatan bersetuju untuk mengadakan perbincangan ketenteraan untuk meredakan ketegangan sempadan, selepas pertemuan peringkat tinggi pertama berlangsung dalam tempoh dua tahun.

Korea Utara juga akan menghantar delegasi ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 yang berlangsung di Korea Selatan pada bulan Februari nanti.

Perjanjian tuurt dicapai untuk mengembalikan semula satu hotline tentera yang digantung dua tahun yang lalu, kata Korea Selatan.

Bagaimanapun, delegasi Korea Utara masih negatif berhubung penggantungan senjata nuklear.

Amerika Syarikat telah mengalu-alukan mesyuarat itu dalam keadaan berhati-hati.

Jabatan Negara berkata, Amerika Syarikat terus berunding dengan pegawai Korea Selatan bagi memastikan penyertaan Korea Utara dalam Olimpik Musim Sejuk tidak melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Selepas satu hari rundingan, kedua-dua pihak mengeluarkan kenyataan bersama yang mengesahkan bahawa mereka telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan ketenteraan mengenai ketegangan.

Korea Selatan meminta Pyongyang untuk menamatkan sebarang tindakan bermusuhan yang mungkin menimbulkan ketegangan, sementara Korea Utara bersetuju ada keperluan untuk menjamin persekitaran damai di semenanjung, kata kenyataan dari kerajaan Selatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast