Wednesday, May 14, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1375 Artikel 0 Komen
KAA1234@#

Kes Covid-19 Meningkat, Petugas KKM Perluas Saringan di Kawasan PKPD

Petugas Kesihatan memakaikan gelang kuarantin kepada penduduk selepas menerima ujian saringan Covid-19 berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Pertama dan Taman Serendah mulai Ahad, 30 Mei hingga 12 Jun 2021 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sabak Bernam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 30 MEI 2021.

PKPD – Pagar Kawat Berduri di Sabak Bernam

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan kerja-kerja memasang pagar kawat duri di sekitar Taman Pertama dan Taman Serendah berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Ahad, 30 Mei hingga 12 Jun 2021 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sabak Bernam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 30 MEI 2021.

Pasaraya ST Rosyam Sesak “Total Lockdown” #PanicBuying

Gelagat pengunjung yang hadir membeli barang keperluan pada saat akhir untuk persediaan perlaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh fasa 1 pada 1 Jun hingga 14 Jun 2021 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di pasaraya ST Rosyam, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 28 MEI 2021.

Kawalan Ketat ATM, PDRM di Pangsapuri Permai #PKPD

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan kawalan sekitar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pangsapuri Permai, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 28 MEI 2021.

Giliran Penduduk Paya Jaras Jalani Saringan Covid-19

Gelagat penduduk setempat menerima ujian saringan Covid-19 peringkat DUN Paya Jaras secara percuma yang dilakukan oleh petugas Kesihatan Sel Care Selangor ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dewan MBSA Seri Paya Jaras Tengah, Sungai Buloh, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 26 MEI 2021.

PKP 3.0+ – McDonald’s Diserbu Sebelum Tamat Waktu Operasi

Orang ramai membeli makanan di laluan pandu lalu sebelum tutup berikutan waktu operasi perniagaan termasuk di pusat beli-belah dan kedai makan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 hanya dibenarkan bermula jam 8 pagi hingga 8 malam mulai hari ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Mcdonald's, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 25 MEI 2021.

PPV Penuh, Orang Awam Mahukan Vaksin #Covid19

Orang ramai yang hadir untuk mendapatkan suntikan dos pertama Vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pusat Konvensyen IDEAL Shah Alam (IDCC) Seksyen 15, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 25 MEI 2021.

Nasib Usahawan…

Peniaga yang sabar menunggu pelanggan untuk mengunjung kedai masing-masing berikutan terkesan dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 20 MEI 2021.

Detik Terakhir Jenazah ke Liang Lahad #Covid19

Petugas Kesihatan mengendalikan jenazah pesakit Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 20 MEI 2021.

Servis Tauke Bengkel Sanitasi Kenderaan #Covid19

Pemilik bengkel Raudhah Rich Auto, Mohamad Aries Nordin 39, melakukan sanitasi Ambulans merupakan salah satu inisiatif sebagai langkah mencegah penularan wabak Covid-19 berikutan peningkatan kes yang tinggi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Seksyen 23, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 20 MEI 2021.