Mohd Adzlan Mat Sidek
CNY – Kepala Singa ‘Wan Seng Hang’ Jadi Buruan #PKP
Pekerja kedai pembuatan alatan tarian singa sangat teliti mencorakkan patung tarian singa yang ditempah pelanggan sempena perayaan Tahun Baru Cina ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Wan Seng Hang Dragon and Lion Arts, Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 07 FEBRUARI 2021.
PKP 2.0 – Pusat Mencuci Kereta Jadi Tumpuan Warga Kota
Pekerja sibuk melakukan kerja-kerja membasuh kenderaan berikutan pusat cuci kereta antara tiga jenis perniagaan yang dibenarkan beroperasi semula bermula hari ini dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat dan operasi tersebut dibenarkan sehingga jam 10 malam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Gasing Indah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 05 FEBRUARI 2021.
Anggota Bomba Operasi Sanitasi Awam di PPR Lembah Subang #Covid19
Anggota Bomba melakukan operasi sanitasi di seluruh kawasan bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di PPR Lembah Subang, Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 04 FEBRUARI 2021.
Kejayaan JSJN Rampas Ganja Seberat 149 Kilogram
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Kamarulzaman Mamat menunjukkan ganja mampat seberat 149.23 kilogram berjaya dipatahkan polis di sidang media IPK Selangor, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 04 FEBRUARI 2021.
Selamat Tinggal ATAN – Perginya Pelawak Veteran Datuk Jamali Shadat
Ahli keluarga dan kenalan terdekat menadah tangan berdoa di pusara jenazah pelakon veteran tersohor, Datuk Jamali Shadat yang dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Pinang, Pulau Indah, Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 03 FEBRUARI 2021.
Pekerja Asing Jalani ‘Swab Test’, Kerajaan Perintah Wajib Berkuatkuasa Hari Ini...
Petugas Clinic 365 menyimpan rapi sampel saringan Covid-19 pekerja asing berikutan mulai hari ini sektor perindustrian dan pembinaan diwajibkan mengambil ujian calitan untuk setiap pekerja asing bagi membendung penularan wabak Covid-19 di Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 FEBRUARI 2021.
Ismail Sabri Pantau SJR, Serah Sumbangan Makanan Kepada Frontliners
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memeriksa kenderaan ketika hadir melawat ke sekatan jalan raya (SJR) Sentul dan Tol Gombak serta penyerahan sumbangan makanan di sekatan jalan raya (SJR) Sentul, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 FEBRUARI 2021.
Warga Kota Ikuti Perutusan PM Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2021
Keluarga, Amri Adam, 42 menonton Perutusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 31 JANUARI 2021.
Persiapan Penduduk Kg Baru Sempena Hari Wilayah Persekutuan
Penduduk, Adam Mohd Sahat, 64 bersama Bon Yati, 64 (kiri) memasang bendera Wilayah Persekutuan di lorong kawasan perumahannya sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 31 JANUARI 2021.
Operasi Pembersihan Disinfeksi ‘Black Whale’ di Jalan Bukit Bintang
Kontraktor kebersihan melakukan kerja-kerja sanitasi bagi mengekang penularan Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 di sebuah kedai Black Whale, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 30 JANUARI 2021.

















