Monday, September 14, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1578 Artikel 0 Komen
adzlansidek

PKP 2.0 – Perkhidmatan Fotografi Patuh SOP Ketat MKN

Pemilik studio, Mohd Effie Izwan, melakukan kerja fotografi selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan perkhidmatan fotografi beroperasi semula dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Blackystudio, Setia Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 18 FEBRUARI 2021.

Mahkamah Tolak Permohonan Reman, Pengasas Sugarbook ‘Bebas’

Seorang lelaki yang merupakan pengasas aplikasi Sugarbook diringi anggota Polis selepas hadir bagi mendapatkan tarikh reman di Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 18 FEBRUARI 2021.

Penghuni Pusat Jagaan WARGA EMAS Jalani Ujian Saringan Covid-19

Petugas kesihatan dari Selangor Care (SELCARE) menolak kerusi roda seorang warga emas untuk dibawa melakukan ujian saringan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette disebuah pusat penjagaan warga emas masyarakat cina di Kampung Melayu Subang, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 17 FEBRUARI 2021.

Penggemar Sukan Badminton Patuh SOP Ketat di Gelanggang

Orang ramai meluangkan masa dengan bermain badminton berikutan aktiviti sukan tersebut dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan prosedur operasi standard ketat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 16 FEBRUARI 2021.

Terkesan Akibat PKP, Kafe Kita Ringankan Beban Bantu ‘Kita’

Pemilik kedai Kita Cafe, Muhammad Adham Abd Holif, 28 bersama isterinya, Nur Syahira Hamidee, 28 memberikan bungkusan makanan kepada orang awam yang memerlukan demi meringankan beban orang ramai semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Seksyen 13, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 15 FEBRUARI 2021.

Jambangan Bunga Buat Insan Istimewa #HariKekasih

Sempena sambutan hari kekasih orang ramai memilih gubahan bunga yang dijual ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Jalan Hang Lekir, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 13 FEBRUARI 2021.

3 Dimensi Lembu Emas ‘Pecah Cermin’ Gempar Pavilion #CNY

Orang ramai merakam gambar paparan tiga dimensi (3D) arca lembu emas terbesar di Malaysia sebagai tarikan sempena Tahun Baru Cina ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pavilion, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 10 FEBRUARI 2021.

Orang Ramai Puas, Gembira Dapat Menjamu Selera di Kedai #PKP

Orang ramai menjamu selera di restoran berikutan Majlis Keselamatan Negara bersetuju membenarkan baki keseluruhan perniagaan peruncitan beroperasi semula serta kebenaran makan di restoran bermula hari ini tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuk satu meja terhad dua orang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 10 FEBRUARI 2021.

Hari Pertama Pusat Penilaian Covid-19 Penuh Dengan Pesakit

Orang awam yang disyaki positif Covid-19 hadir bagi melakukan penilaian kesihatan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), Stadium Malawati Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 08 FEBRUARI 2021.

Stadium Malawati Shah Alam Kini Jadi Pusat Penilaian COVID-19

Stadium Malawati, Shah Alam akan beroperasi sebagai Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) bagi daerah Petaling mulai esok menggantikan CAC Dewan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berikutan kapasitinya yang boleh menampung lebih ramai pesakit COVID-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette. Foto MOHD ADZLAN, 07 FEBRUARI 2021.