Mohd Adzlan Mat Sidek
Mimik Wajah Anwar Ibrahim pada Sidang Media Isu Politik Semasa
Reaksi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa bercakap di sidang media berkenaan politik semasa ketika di Eastin Hotel, Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 16 MAC 2021.
Pemandangan Indah Jeti Pak Harun Pikat Kaki Joran di Musim PKPB
Jeti memancing Pak Harun merupakan lokasi yang menjadi pilihan para pemancing untuk mengisi masa lapang yang merupakan tempat strategik dan suasana yang indah apabila waktu matahari terbenam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang. Foto MOHD ADZLAN, 15 MAC 2021.
Pasangan Suami Isteri Kes Pengubahan Wang Haram Dituduh di Mahkamah
Tertuduh, Len Chia Whey, 37 yang merupakan pengurus hartanah bersama isterinya, Tong Karen didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 15 MAC 2021.
Suasana Tenang Persekitaran Sawah Dalam Tempoh #PKPB
Antara aktiviti penduduk sekitar yang sibuk melakukan kerja-kerja di sawah padi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanjung Karang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 13 MAC 2021.
NAFAS Hulur Sumbangan Kepada Anak-Anak Peladang Program Jom ke Sekolah
Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Datuk Abd Rahman Bakri bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Rizam Ismail bergambar beramai-ramai bersama pelajar yang mendapat bantuan selepas Program Jom Ke Sekolah anjuran NAFAS di Pertubuhan Peladang Kawasan Bernam Jaya, Sabak Bernam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 13 MAC 2021.
Abang Polis, Bomba Terima Suntikan Vaksin Covid-19
Anggota bomba menerima suntikan vaksin COVID-19 khas kepada petugas barisan hadapan di Sunway Pyramid Convention Centre, Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 11 MAC 2021.
Orang Ramai Serbu Harga Rendah Emas di Musim PKPB
Orang ramai tidak melepas peluang untuk membeli emas pada harga yang rendah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kedai Emas Anuar, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 09 MAC 2021.
Operasi JSPT Selangor Babitkan Penunggang Motosikal di Shah Alam
Anggota Polis dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor berjaya menemui dadah pada seorang penunggang motosikal ketika operasi motosikal di sekitar laluan Lebuhraya Persekutuan. Foto MOHD ADZLAN, 09 MAC 2021.
Kicauan Burung di Pelabuhan Klang
Sekumpulan burung berterbangan semasa matahari terbenam berlatar belakangkan Pelabuhan Klang yang merupakan pelabuhan terbesar dan tersibuk di Malaysia ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette. Foto MOHD ADZLAN, 08 MAC 2021.
Zuraida, Art Harun Hadir Pelancaran Majlis Pemimpin Wanita Politik Malaysia
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin (tiga kiri) membuat gimik pelancaran Council Of Malaysian Women Political Leaders (COMWEL) sambil diperhatikan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun (tiga kanan) di Hotel Wyndham Acmar, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 08 MAC 2021.