Mohd Adzlan Mat Sidek
Saree Icon Malaysia 2021
Antara model kanak-kanak yang memperagakan baju tradisional masyarakat India pada Pra-program Saree Icon Malaysia 2021 di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 05 DECEMBER 2021.
Jalaluddin Alias Lancar Direktori Usahawan Bumiputera Cheras
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias melihat produk jualan semasa melawat tapak pameran pada Pelancaran Direktori Usahawan Bumiputera Cheras di Pusat Rekreasi Cheras, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 05 DECEMBER 2021.
Konvoi ‘Rakyat Tuntut Tiga’ Hadapan Sogo
Antara kenderaan berkonvoi dalam satu Himpunan Rakyat Tuntut Tiga anjuran Biro Kepenggunaan Parti Pejuang bagi membantah kenaikan harga barang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di hadapan pusat membeli belah Pavilion, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 03 DECEMBER 2021.
Ismail Sabri Hadir Program OKU Sentral “Kau & Aku”
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melihat hasil seni lukisan semasa hadir ke Program OKU Sentral bertema "Kau&Aku" Sempena Hari OKU Sedunia di Damansara Performing Arts Center, Empire Damansara, Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 02 DISEMBER 2021.
Perdana Menteri Turun Padang Tinjau Harga Barang Keperluan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melihat harga ayam yang meningkat naik semasa membuat lawatan di Myfarm Outlet Kasih Putrajaya, Presint 9, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 01 DECEMBER 2021
Mini Dokumentari MG “Dari ICU ke Liang Lahad” Menang Berita Video...
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan trofi dan replika cek wang tunai kepada pemenang dalam kategori Berita Video Terbaik, Norlaile Osman pada Malam Wartawan Malaysia 2021 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 30 NOVEMBER 2021.
Jurugambar MG, Hazrol Zainal Rangkul Anugerah Foto Esei Cemerlang MPI 2020
Pemenang dalam kategori Foto Esei Cemerlang, Mohd Hazrol Zainal bergambar bersama trofi dan replika cek wang tunai selepas Malam Wartawan Malaysia 2021 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 30 NOVEMBER 2021.
Menteri Agama Hantar Jemaah Umrah Naik Penerbangan Sulung ke Madinah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad bermesra dengan para jemaah dalam majlis menghantar penumpang penerbangan sulung Umrah Amal dari Kuala Lumpur ke Madinah (MH8216) ketika di Bangunan Terminal Utama, KLIA. Foto MOHD ADZLAN, 30 NOVEMBER 2021.
JSJN Bukit Aman Tumpaskan Sindiket Proses dan Edar Dadah Bernilai RM8.09j
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain menunjukkan rampasan pelbagai jenis dadah yang dianggarkan berjumlah RM8.09 juta menerusi enam serbuan berasingan ketika di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 29 NOVEMBER 2021.
Zuraida Kamaruddin Lancar Program Inkubator Reka Bentuk Timber dan Hackathon
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin membuat gimik pelancaran Program Inkubator Reka Bentuk Timber dan Hackathon di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 NOVEMBER 2021.
















