Mohd Adzlan Mat Sidek
Pekerja Buruh Selepas Waktu Bekerja di Kuala Lumpur
Pekerja asing yang pulang setelah selesai melakukan kerja-kerja pembinaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 19 FEBRUARI 2021.
Suasana Operasi Kedai Nombor Ekor Dalam Tempoh #PKP
Suasana di dalam premis nombor ramalan selepas kembali beroperasi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 19 FEBRUARI 2021.
Polis Kuala Lumpur Tumpaskan Geng Ayoi Gombak
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin menunjukkan barang bukti pada sidang media mengenai kejayaan menumpaskan geng ragut iaitu Geng Ayoi Gombak dan beberapa kes jenayah yang lain di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 19 FEBRUARI 2021.
PKP 2.0 – Perkhidmatan Fotografi Patuh SOP Ketat MKN
Pemilik studio, Mohd Effie Izwan, melakukan kerja fotografi selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan perkhidmatan fotografi beroperasi semula dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Blackystudio, Setia Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 18 FEBRUARI 2021.
Mahkamah Tolak Permohonan Reman, Pengasas Sugarbook ‘Bebas’
Seorang lelaki yang merupakan pengasas aplikasi Sugarbook diringi anggota Polis selepas hadir bagi mendapatkan tarikh reman di Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 18 FEBRUARI 2021.
Penghuni Pusat Jagaan WARGA EMAS Jalani Ujian Saringan Covid-19
Petugas kesihatan dari Selangor Care (SELCARE) menolak kerusi roda seorang warga emas untuk dibawa melakukan ujian saringan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette disebuah pusat penjagaan warga emas masyarakat cina di Kampung Melayu Subang, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 17 FEBRUARI 2021.
Penggemar Sukan Badminton Patuh SOP Ketat di Gelanggang
Orang ramai meluangkan masa dengan bermain badminton berikutan aktiviti sukan tersebut dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan prosedur operasi standard ketat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 16 FEBRUARI 2021.
Terkesan Akibat PKP, Kafe Kita Ringankan Beban Bantu ‘Kita’
Pemilik kedai Kita Cafe, Muhammad Adham Abd Holif, 28 bersama isterinya, Nur Syahira Hamidee, 28 memberikan bungkusan makanan kepada orang awam yang memerlukan demi meringankan beban orang ramai semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Seksyen 13, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 15 FEBRUARI 2021.
Jambangan Bunga Buat Insan Istimewa #HariKekasih
Sempena sambutan hari kekasih orang ramai memilih gubahan bunga yang dijual ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Jalan Hang Lekir, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 13 FEBRUARI 2021.
3 Dimensi Lembu Emas ‘Pecah Cermin’ Gempar Pavilion #CNY
Orang ramai merakam gambar paparan tiga dimensi (3D) arca lembu emas terbesar di Malaysia sebagai tarikan sempena Tahun Baru Cina ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pavilion, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 10 FEBRUARI 2021.