Mohd Adzlan Mat Sidek
30 Rakyat Malaysia Dari Sudan Selamat Tiba Di Tanah Air
Suasana hiba dan gembira ahli keluarga menyambut kepulangan antara 30 rakyat Malaysia dari Khartoum, ibu negara Sudan selepas dilanda konflik ketika di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Foto MOHD ADZLAN, 28 APRIL 2023.
Keadaan Kebakaran Bengkel Kereta di Shah Alam
Anggota bomba selepas selesai memadamkan api buat kali kedua di lokasi kebakaran bengkel kereta yang berlaku pada pukul 5.12 pagi dan meragut seorang lelaki warga asing di Jalan Jemuju, Seksyen 16, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 27 APRIL 2023.
Sungai Kemensah Jadi Tumpuan Ketika Cuaca Panas
Gelagat pengunjung yang bermandi manda berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan keadaan cuaca panas berlaku di rantau negara terutamanya di Semenanjung Malaysia dan menunjukkan peningkatan suhu antara 35 hingga 37 darjah Celcius iaitu pada Tahap 1 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Kemensah, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 26 APRIL 2023.
Keadaan Tanah Runtuh di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia
Keadaan tanah runtuh berdekatan bangunan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berlaku kira-kira pukul 1 petang ketika di, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 25 APRIL 2023.
Boy Iman Mengaku Tidak Bersalah di Mahkamah
Pelakon, Norul Iman Abdul Rahman, 43, atau lebih dikenali sebagai Boy Iman antara empat OKT akan dituduh berhubung kes penipuan pembatalan penganjuran pesta beli belah sempena sambutan Hari Raya, Hooray X Fest Raya di Pusat Dagangan Dunia (WTC) ketika dibawa oleh anggota polis di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 25 APRIL 2023.
Anwar di Bazar Ramadan PKNS Shah Alam
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama peniaga ketika hadir membuat lawatan ke Bazar Ramadan Kompleks PKNS Seksyen 14 Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 19 APRIL 2023.
Aksi Perlawanan Selangor FC Benam Terengganu FC 5 – 1 #LigaSuper
Pemain Selangor FC, Ayron Del Valle meraikan gol keempat bersama rakan pasukan ketika menentang pasukan Terengganu FC pada perlawanan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 18 APRIL 2023.
Reaksi Syamsul, Puteri Sarah Hadir Proses Lafaz Cerai di Mahkamah
Pelakon, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, hadir bagi proses lafaz cerai dengan suaminya Syamsul Yusof ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 18 APRIL 2023.
Jualan Rancak Pemborong Bunga Api Berlesen, Termurah!
Orang ramai mula membeli bunga api bagi memeriahkan lagi suasana diwaktu malam menjelang tibanya Hari Raya Aidilfitri dengan harga jualan serendah RM2 sehingga RM185 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di kedai jualan bunga api berlesen di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 17 APRIL 2023.
Najib Hadir Perbicaraan Kes di Mahkamah KL #1MDB
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi pegawai penjara ketika hadir ke mahkamah bagi sambung perbicaraan kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 17 APRIL 2023.