Mohd Adzlan Mat Sidek
Suasana Meriah Berbuka Puasa di Dataran Putrajaya
Suasana meriah orang ramai mengambil kesempatan meluangkan masa bersama keluarga untuk berbuka puasa pada bulan ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 15 APRIL 2023.
Gelangangan Syukur Terima Sumbangan Berbuka Puasa
Gelagat gelandangan selepas menerima sumbangan juadah berbuka puasa pada Program Santuni Gelandangan Chow Kit di Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 14 APRIL 2023.
Anthony Loke Pecah Tanah Pembinaan ‘Port Reception Facility’
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (tengah) membuat gimik perasmian pada Majlis Pecah Tanah 'Reception Facility' Pelabuhan Klang ketika di Westport, Pelabuhan Klang. Foto MOHD ADZLAN, 14 APRIL 2023.
Anthony Loke Tinjau Stesen Kereta Api Kajang 2 #KTM
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke membuat lawatan disekitar kawasan selepas perasmian Stesen Kereta Api Kajang 2 di Kajang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 13 APRIL 2023.
Gerakan Hartal Doktor Kontrak Serah Memorandum
Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) menyerahkan memorandum tuntutan kesaksamaan kebajikan pegawai perubatan kontrak kepada Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa ketika di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 11 APRIL 2023.
Bekas Timbalan Pengurus Besar Didakwa Atas Tuduhan Rasuah
Tertuduh, Mohd Asyraf Mohd Fauzi, 36 merupakan seorang bekas Timbalan Pengurus Besar badan berkanun mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan kerana meminta suapan berjumlah RM6,000 berkaitan Program Dana Jaminan Makanan ketika dibawa oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Mahkamah Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 11 APRIL 2023.
Hajiji Noor di Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa dan Mahasiswi IPT
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bergambar bersama pelajar IPT yang hadir selepas majlis berbuka puasa Mahasiswa dan Mahasiswi Institut Pengajian Tinggi Semenanjung di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 10 APRIL 2023.
Tukang Jahit ‘Rancak’ Terima Tempahan
Pekerja kedai jahit, Sharifah Ahmad sibuk menyiapkan tempahan baju raya Aidilfitri pelanggannya bagi persiapan menyambut Syawal berikutan tempahan baju lelaki dan wanita telah ditutup ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Seksyen 7, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 09 APRIL 2023.
Jualan Mega Ehsan Aidilfitri 2023
ADUN Pandan Indah yang juga Exco Pertanian Selangor, Izham Hashim menyerahkan barangan keperluan yang dibeli oleh penduduk pada Jualan Ehsan Aidilfitri Selangor ketika di Flat PKNS Taman Dato Harun, Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 09 APRIL 2023.
Berbuka Puasa Gaya Berkelah
Orang ramai mengambil kesempatan meluangkan masa bersama keluarga untuk berbuka puasa pada bulan ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 08 APRIL 2023.