Thursday, May 15, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1375 Artikel 0 Komen
KAA1234@#

Anwar Ibrahim di Program Kita-Untuk-Kita (K2K)

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat tapak jualan ketika hadir ke Majlis Pelancaran Program Rights To The City: Kita-Untuk-Kita (K2K) di Pangsapuri PPR Kampung Baru Hicom, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 08 APRIL 2023.

Penduduk Bantah Pembinaan PJD Link

Penduduk setempat berkumpul dan membawa sepanduk membantah projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Penyuraian Trafik Petaling Jaya (PJD Link) di Jalan Bandar Kinrara, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 01 APRIL 2023.

Suasana Mahkamah Selepas Keputusan Permohonan Semakan Najib #SRCInternational

Kenderaan membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak keluar dari perkarangan Istana Kehakiman selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan beliau untuk menyemak semula keputusan mahkamah tertinggi yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun kerana menyeleweng dana SRC International di Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 31 MAC 2023.

Ramadan 1444H #DailyLife

Pelajar tahfiz tekun membaca ayat suci al-Quran bagi mengambil peluang beribadah pada hari ketujuh bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 29 MAC 2023.

Saifuddin di Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar KDN Madani

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyerahkan surat kelulusan permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia kepada penerima pada majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar KDN Madani di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 28 MAC 2023.

Farid Kamil, Diana Danielle Bertentang Mata di Mahkamah Syariah

Pelakon, Farid Kamil berbincang bersama isterinya, Diana Danielle selepas hadir bagi pelantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) ketika di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Foto MOHD ADZLAN, 28 MAC 2023.

Hari Pertama Bazar Ramadan Bandar Tun Razak

Orang ramai membeli juadah berbuka puasa pada bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bazar Ramadan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 23 MAC 2023.

Kempen Jualan Rahmah Hari Raya 99 Speedmart

Orang awam membeli barangan keperluan asas dengan harga yang lebih rendah dalam Kempen Jualan Rahmah Hari Raya yang dijalankan selama sebulan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di 99 Speedmart, PPA1M Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 23 MAC 2023.

Persediaan Akhir Peniaga Bazar Ramadan #DailyLife

Peniaga sibuk membuat persiapan terakhir sebelum meniaga berikutan umat islam akan menyambut bulan Ramadan pada hari esok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tapak Bazar Ramadan, Desa Pandan. Foto MOHD ADZLAN, 22 MAC 2023.

Perbarisan Penghargaan Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain

Bekas Panglima Tentera Darat ke-28, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain memeriksa kawalan kehormat buat kali terakhir selepas tamat perkhidmatan ketika di Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Panglima Tentera Darat di Auditorium MINDEF, Wisma Pertahanan. Foto MOHD ADZLAN, 22 MAC 2023.