Thursday, May 15, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1375 Artikel 0 Komen
KAA1234@#

Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Panglima Tentera Darat

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan (tengah) memakaikan pangkat kepada Panglima Tentera Darat ke-29 baharu, Jeneral Datuk Seri Mohamad Ab Rahman (dua kanan) sambil disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang (dua kiri) dan bekas Panglima Tentera Darat ke-28, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain (kiri) pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Panglima Tentera Darat di Auditorium MINDEF, Wisma Pertahanan. Foto MOHD ADZLAN, 22 MAC 2023.

Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada di Mahkamah Syariah Shah Alam

Kesan luka di bawah kelopak mata isteri pelakon, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29 jelas kelihatan ketika hadir dalam sebutan kes penceraian dengan suaminya Hafidz Roshdi, 29 ketika di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 21 MAC 2023.

LENSA MG | Toyota Vios Generasi Keempat

Reka bentuk Toyota Vios 2023 generasi keempat dengan dua varian iaitu 1.5E dan 1.5G ketika pelancarannya di M Hotel & Resort, Bukit Kiara. Foto MOHD ADZLAN, 20 MAC 2023.

Dialog Anak Muda Temu Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap ketika program Dialog Anak Muda Temu Anwar bersempena Youth Empowerment Fair 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto MOHD ADZLAN, 18 MAC 2023.

Gelagat Ahli-Ahli Parlimen Hadir Sidang Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli bersama Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman hadir ke persidangan Dewan Rakyat pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 15 MAC 2023.

Muhyiddin Rasmi Perhimpunan Agung Tahunan Kali Ke-5 PPBM

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) bersama timbalannya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (dua kanan) bersorak pada Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan kali ke lima tahun 2022 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara PGRM, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 12 MAC 2023.

LENSA MG | Suasana Selawat dan Munajat Perdana Untuk Malaysia

Umat islam kusyuk berselawat ketika menghadiri Selawat dan Munajat Perdana untuk Malaysia ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stadium Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 11 MAC 2023.

Suasana Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu Kali Ke-4

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bersama Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Radzi Jidin hadir pada Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu di Menara PGRM, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 11 MAC 2023.

Anwar Rasmi Festival Taman Kuala Lumpur 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (lima kiri) serta Ketua Setiausaha Negara Tan Seri Mohd Zuki Ali (tiga kiri), Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan Datuk Seri Rosida Jaafar (dua kiri) dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah (kiri) bergambar ketika hadir ke Majlis Perasmian Festival Taman Kuala Lumpur 2023 di Taman Tasik Titiwangsa. Foto MOHD ADZLAN, 09 MAC 2023.

Zahid Hamidi di Majlis Pengenalan Calon-Calon Pemilihan UMNO

Gelagat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama calon Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad (kanan) dan wanita-wanita UMNO ketika bergambar selepas Majlis Pengenalan Calon-Calon Bagi Pemilihan UMNO Malaysia Peringkat Negeri Selangor 2023 di Shah Alam Convention Centre. Foto MOHD ADZLAN, 08 MAC 2023.