Saturday, April 19, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1367 Artikel 0 Komen
KAA1234@#

Kolam, Seni Lantai ‘Deepavali’

Orang ramai melihat dekorasi kolam, seni lantai tradisional masyarakat India dengan menggunakan beras berwarna-warni sempena sambutan Deepavali ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di NU Sentral Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 OKTOBER 2024.

Pra Pelancaran Hotel Teedo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melakukan lawatan ke bilik Deluxe selepas Pra Pelancaran Hotel Teedo di Pudu Sentral, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 26 OKTOBER 2024.

Sultan Ibrahim Berkenan Rasmi MIH Megatrends 2024

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan merasmikan Persidangan Kesihatan Antarabangsa Malaysia (MIH) Megatrends 2024 diiringi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto MOHD ADZLAN, 26 OKTOBER 2024.

Armizan Tinjau Harga Musim Perayaan Deepavali

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali meninjau kawalan harga barang selepas Pengumuman Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024 di Nu Sentral, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 OKTOBER 2024.

Fadhlina Sidek Rasmi Karnival Lestari Intervensi Awal 2024

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek beramah mesra bersama kanak-kanak autism yang hadir pada Majlis Perasmian Karnival Lestari Intervensi Awal 2024 (KLIA’2024) di AEON Alpha Angle Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 18 OKTOBER 2024.

Keadaan Tanah Runtuh di Taman Melawati

Keadaan tanah runtuh yang berlaku pada awal pagi tadi akibat hujan lebat membuatkan penduduk setempat panik di Taman Melawati, Ampang. Foto MOHD ADZLAN, 15 OKTOBER 2024.

Hulu Langat Dilanda Banjir

Penduduk Kampung Sungai Serai membersihkan kawasan rumah mereka yang dipenuhi lumpur selepas dilanda banjir pada awal pagi tadi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hulu Langat, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 13 OKTOBER 2024.

Kastam Melancarkan Penggunaan Kamera Badan (BWC)

Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) memakai kamera badan atau Body Worn Camera (BWC) yang bertujuan bagi menambah baik tahap integriti pegawai-pegawai di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta meningkatkan aktiviti penguatkuasaan termasuk risikan dalam membendung ketirisan hasil negara melalui pencegahan aktiviti penyeludupan pada Majlis Perasmian BWC di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Foto MOHD ADZLAN, 12 OKTOBER 2024.

Perayaan Sembilan Maharaja Dewa

Masyarakat Cina melakukan upacara keagamaan dengan berjalan di atas bara api sempena sambutan Perayaan Sembilan Maharaja Dewa ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tokong Kau Ong Yah, Ampang. Foto MOHD ADZLAN, 11 OKTOBER 2024.

Setahun Taufan Al Aqsa

Peserta membuat bantahan dengan menyertai Himpunan Setahun Taufan Al Aqsa untuk menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin ketika di Kedutaan Amerika Syarikat (AS), Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 11 OKTOBER 2024.