Tuesday, October 1, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1310 Artikel 0 Komen
KAA1234@#

LENSA MG | Proses Lupus Al-Quran Ke Dalam Laut

Guni yang berisi ketulan abu Al-Quran yang telah dikeringkan akan dilepaskan ke dalam laut ketika Program Pemuliaan Al-Quran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan Kerjasama Jabatan Laut Malaysia ketika di Perairan Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 30 NOVEMBER 2022.

Aksi Perlawanan Akhir Piala Malaysia JDT vs Selangor FC

Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Gustavo membuat percubaan ke pintu gol lawan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia antara pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 26 NOVEMBER 2022.

Muka Hadapan Surat Khabar – Anwar Ibrahim #DailyLife

Surat khabar tempatan menjadi tumpuan berita terkini setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Meru, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 25 NOVEMBER 2022.

Konvoi Raja-Raja Melayu Menghadiri Mesyuarat Khas di Istana Negara

Kenderaan yang membawa Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Badlishah tiba bagi menghadiri mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi pembentukan kerajaan ketika di Pintu Utama Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 NOVEMBER 2022.

Pemimpin BN dan GPS Selesai Menghadap Agong

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melambai selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 23 NOVEMBER 2022.

Wajah Ceria Anwar Selepas Selesai Menghadap YDP Agong

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 22 NOVEMBER 2022.

YDP Agong ‘Bersahaja’ Santuni Pengamal Media

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni petugas media di Perkarangan luar Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 22 NOVEMBER 2022.

Saarani Selesai Angkat Sumpah Menteri Besar Perak Ke-15

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Seri Saarani Mohamad mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak ketika di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak. Foto MALAYSIA GAZETTE, 21 NOVEMBER 2022.

Saarani Mohamad Selesai Menghadap Sultan Perak

Pengerusi Barisan Nasional Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad selepas selesai menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, Ipoh, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 21 NOVEMBER 2022.

Barisan Pemimpin Perikatan Nasional Perak

Ketua Pas Perak, Razman Zakaria bergambar bersama kepimpinan Perikatan Nasional Perak selepas sidang media mengenai keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika di Wisma Punama, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 20 NOVEMBER 2022.