Friday, May 16, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1375 Artikel 0 Komen
KAA1234@#

Nancy Shukri Santuni Pengamal Media

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri (kiri) diiringi timbalannya, Aiman Athirah Sabu (dua kiri) beramah mesra dengan Pengarang Berita Malaysia Gazette, Radzuan Hassan (tiga kanan) serta sebahagian pengamal media yang lain pada Program KPWKM bersama media 2023 di Impiana KLCC, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 15 FEBRUARI 2023.

Fadhlina Rasmi Festival Semarak Ilmu

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek beramah mesra bersama pelajar yang hadir pada Festival Semarak Ilmu di High Convention Centre Sentul, Kuala Lumpur.

‘Arts on the Move’ di MRT Pasar Seni

Pelancong bergambar di arca yang bertajuk “Sunnyside Up” pada majlis perasmian ‘Arts on the Move’ di MRT Pasar Seni, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 14 FEBRUARI 2023.

Tiga Petugas Unit Forensik Hospital Mengaku Bersalah Terima Rasuah

Pembantu Perawatan Kesihatan Gred Unit Forensik Hospital Serdang iaitu Mohd Shah Rizan Yasak, 43, Muhamad Yusri Yusof, 36, Hairul Nizam Idris, 39 dan Mohd Riduan Ibrahim, 41 ketika hadir atas pertuduhan menerima suapan daripada pemilik Syarikat Nur Fattah Training & Consultancy, Muhammad Rafieudin Zainal Rasid sebagai dorongan memberikan kerja pengurusan jenazah ketika di Mahkamah Sesyen, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 14 FEBRUARI 2023.

Menu Rahmah Durian Atok ‘Laku Keras’

Pelanggan membeli durian Menu Rahmah yang dijual pada harga RM4.99 satu bekas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Durian Atok, Jalan Kebun, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 12 FEBRUARI 2023.

Cabut ‘Roadtax’ Beralih Ke Mod Paparan Digital

Pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan di kenderaan masing-masing mulai hari ini setelah kerajaan melaksanakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau aplikasi telefon pintar MyJPJ yang dilaksanakan di bawah satu projek perintis secara dalaman ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Bukit Raja, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 10 FEBRUARI 2023.

Perikanan Selangor Rampas Ribuan Bubu Naga

Antara bubu naga yang berjaya dirampas oleh Jabatan Perikanan Negeri Selangor pada Operasi Khas Bubu Naga di Pusat Tahanan Vesel Kuala Selangor, Tanjong Karang. Foto MOHD ADZLAN, 09 FEBRUARI 2023.

PM Rasmi Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melambai tangan ketika hadir ke majlis Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia di Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 09 FEBRUARI 2023.

Ahli Perniagaan Tipu RM1.090 juta Mengaku Tidak Bersalah

Seorang ahli perniagaan, M. Parimalam Rajo Isa, 67 didakwa tiga pertuduhan menipu pelaburan wang Sri Lanka berjumlah keseluruhan RM1.09juta ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 08 FEBRUARI 2023.

Menteri Pengangkutan Tinjau Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke membuat lawatan di sekitar kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Foto MOHD ADZLAN, 06 FEBRUARI 2023.