Mohd Adzlan Mat Sidek
Tok Mat dan Anthony Loke Lancar Pameran LIMA’23
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bergambar bersama para penaja selepas pelancaran Pameran Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA ‘23) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 16 JANUARI 2023.
Rafizi, Amirudin Hadir Konvensyen Pilihanraya PKR Selangor
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bersama Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari bersorak bersama perwakilan yang hadir selepas Konvensyen Pilihanraya PKR negeri Selangor di IDCC Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 14 JANUARI 2023.
PAU2022 | Persidangan Pergerakan Puteri UMNO
Gelagat perwakilan Puteri UMNO yang hadir ke Persidangan Pergerakan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 12 JANUARI 2023.
Usaha ‘Dr Hassan Bai’ Martabatkan Tulisan Khat
Penulis Khat berasal dari China, Dr. Hassan Bai yang merupakan seorang mualaf sibuk melayani permintaan pelanggannya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Beliau yang telah hampir lapan tahun mempelajari ilmu seni tulisan khat melalui saluran youtube sering mendapat tempahan dari pelbagai negeri. Foto MOHD ADZLAN, 12 JANUARI 2023.
Mohamad Hasan Lawatan Kerja Ke Pangkalan Udara Subang
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan melihat aset penerbangan milik TUDM ketika lawatan kerja ke Markas Operasi Udara dan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang. Foto MOHD ADZLAN, 10 JANUARI 2023.
Saifuddin Serah Surat Kelulusan Taraf Kewarganegaraan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan surat kelulusan permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia kepada penerima semasa membuat lawatan ke Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 09 JANUARI 2023.
Sesi Latihan Harimau Malaya Persediaan Menentang Thailand #PialaAFF
Skuad Harimau Malaya menjalani sesi latihan sebagai persiapan menjelang perlawanan separuh akhir pertama Malaysia menentang Thailand pada Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Wisma FAM, Kelana Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 06 JANUARI 2023.
Anwar di Kedai Ikan Bakar Tanglin Curi Perhatian
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama pengunjung ketika hadir makan tengah hari sebelum menunaikan solat jumaat di Kedai Ikan Bakar Tanglin, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 06 JANUARI 2023.
Struktur Pentas Konsert Jay Chou Dinaikkan
Struktur pentas dibina untuk konsert penyanyi Taiwan, Jay Chou berlangsung pada 15 Januari nanti akan menyebabkan 21 000 tiket terpaksa 'dikorbankan' bagi perlawanan Malaysia menentang Thailand pada Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 sabtu ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 05 JANUARI 2023.
Gelagat Hari Pertama Persekolahan Penggal Ketiga
Gelagat murid pra sekolah pada hari pertama persekolahan penggal ketiga di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 03 JANUARI 2023.