Sunday, September 29, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1308 Artikel 0 Komen
KAA1234@#

PM Luang Masa Lawat Bella

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun menziarahi adik Bella seorang remaja sindrom semasa mengadakan lawatan ke Rumah Kebajikan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Seremban. Foto MOHD ADZLAN, 23 APRIL 2022.

Penyanyi Kumpulan Terkenal Direman Dakwaan Pukul Bekas Isteri

Seorang penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air dibawa oleh pegawai polis selepas direman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan melibatkan kes keganasan rumah tangga ketika di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 21 APRIL 2022.

PM Lancar Pelan Transformasi Strategik Hijrah24

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad (kanan) bersama Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar (kiri) dan melancarkan Pelan Transformasi Strategik Hijrah24 di Menara TH, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 20 APRIL 2022.

Coretan Pelatih Madrasah Darul Solihin Al Qadiri Malam Hari Nuzul Quran

Pelatih Madrasah Darul Solihin Al Qadiri menunaikan solat maghrib selepas membaca ayat suci Al-Quran sempena Hari Nuzul Quran untuk mendapat keberkatan pada bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 18 APRIL 2022.

‘Op Gaston’ Tumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah Sekitar Lembah Klang

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, ACP Jasmirol Jamaluddin menunjukkan pelbagai jenis dadah yang berjaya dirampas dalam satu sindiket pengedaran dadah semasa melakukan satu operasi Op Gaston ketika sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 18 APRIL 2022.

Sidang Media Debat Perdana #NajibAnwar

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil bersama Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil selepas sidang media berhubung Debat Perdana di antara DS Anwar Ibrahim dan DS Najib Razak ketika di Connexion Conference & Event Centre (CCEC), Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 17 APRIL 2022.

Kanak-Kanak Jadi Imam Solat

Anak yatim dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari yang masih berumur 6 tahun menunaikan solat Isyak berjemaah selepas berbuka puasa pada Program Iftar Ala Madinah Dan Sembang Sahur Edisi Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Tahun 2022 anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 16 APRIL 2022.

Suasana Iftar Ala Madinah dan Sembang Sahur di Dataran Shah Alam

Pelajar Mahad Hafiz Klang hadir untuk berbuka puasa pada Program Iftar Ala Madinah Dan Sembang Sahur Edisi Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Tahun 2022 anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 16 APRIL 2022.

BOMBA Padam Kebakaran Bengkel Kereta di Setapak

Kepulan asap tebal berikutan sebuah bengkel mengalami kebakaran ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Setapak Permai. Foto MOHD ADZLAN, 16 APRIL 2022.

Petrol Percuma Untuk Penunggang P-hailing #MySetiawangsa

Presiden MySetiawangsa, Datuk Mohd Irwan Rizal mengisikan minyak kepada penunggang motosikal pada Program Pemberian Petrol Percuma 4.0 Khas Untuk Motor P-Hailing dan Frontliner di Petron Sri Rampai, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 16 APRIL 2022.