Wednesday, June 26, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1255 Artikel 0 Komen

Hishammuddin Hussein Hadir Majlis Amanat Tahun Baharu 2022

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (dua kiri) bergambar bersama Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (kiri), KSU Kementerian Pertahanan, Datuk Muez Abd Aziz (dua kanan) dan Panglima ATM, Tan Sri Afendi Buang (kanan) semasa hadir ke Majlis Amanat Tahun Baharu Menteri Kanan Pertahanan di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 17 JANUARI 2022.

Persiapan Menghias Tanglung Tahun Baru Cina 2022

Pekerja kontraktor memasang tanglung sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 1 Februari ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Persatuan Hokkien Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 16 JANUARI 2022.

Noh Omar Hadir Penyerahan Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SKIM)

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar beramah mesra bersama penerima Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) ketika program Walkabout SPIM di Seksyen 3 Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 16 JANUARI 2022.

PPV Integrasi Disambut Rancak Penerima Dos Penggalak

Petugas kesihatan memberi suntikan dos penggalak Covid-19 kepada penerima yang hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Lembah Klang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 15 JANUARI 2022.

Isteri dan Anak Ratapi Pemergian Mendiang Shebby Singh

Ahli keluarga meratapi pemergian mendiang bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh atau lebih dikenali Shebby Singh sebelum upacara pembakaran mayat ketika tinjauan lensa Malaysia gazette di Shamshan Bhoomi Hall, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 14 JANUARI 2022.

Tabung Masjid – Kebajikan Fakir Anak Yatim

Tabung masjid yang diheret ke bilik mandi jenazah oleh seorang remaja yang tular selepas dijirus air mengikut prosedur mandi jenazah berikutan telah mencuri tabung masjid ketika di Kuang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 14 JANUARI 2022.

Periuk Tanah Liat Tradisi Perayaan Ponggal

Periuk tanah liat yang telah siap akan diwarnakan sebelum dipasarkan untuk kegunaan masyarakat India semasa menyambut perayaan Ponggal ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Krishnan Pottry, Kuala Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2022.

Bantuan Banjir Legakan Mangsa Beli Peralatan Elektrik

Orang ramai membawa barang elektrik yang telah dipilih dengan menggunakan bantuan khas mangsa banjir yang diterima melalui e-rebat bernilai RM500 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di kedai barangan elektrik, Pekan Kapar, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2022.

Mangsa Banjir Gembira Terima Sampul Bantuan Wang Ihsan (BWI)

Mangsa banjir yang telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI), Bantuan Selangor Bangkit dan Bantuan Keperluan Asas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dewan Kenanga, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 11 JANUARI 2022.

Muhyiddin Pengerusikan Majlis Pemulihan Negara

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama barisan menteri yang lain pada Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara di Kementerian Kewangan, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 10 JANUARI 2022.