Tuesday, May 13, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1375 Artikel 0 Komen
KAA1234@#

Polis Cekup Warga Asing Ceroboh Mydin Mart

Antara 31 warga asing yang ditangkap selepas disyaki menceroboh kedai serbaneka berikutan banjir yang berlaku di kawasan setempat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Mydin Mart, Taman Sri Muda, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 21 DISEMBER 2021.

Penduduk Meru Terkandas Banjir Berjaya Dibawa Keluar

Anggota Bomba Daerah Kapar melakukan misi menyelamat penduduk Jalan Paip selepas kawasan perumahan mereka dinaiki air berikutan hujan lebat berpanjangan bermula dari pagi sehingga lewat malam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Meru, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 19 DISEMBER 2021.

Kampung Delek Klang Ditenggelami Air

Penduduk Kampung Delek, Ismariza Ismail mengeluarkan air yang masuk ke dalam rumahnya berikutan hujan lebat berpanjangan bermula dari pagi sehingga lewat malam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 18 DISEMBER 2021.

Kereta Terperangkap dan Terkandas Akibat Banjir Kilat

Lebih puluhan kereta berhenti ditengah jalan akibat laluan jalan utama dinaiki air berikutan hujan lebat berpanjangan bermula dari pagi sehingga lewat malam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 18 DISEMBER 2021.

Klang Dilanda Banjir Kilat

Sebuah gerai makan di Kampung Delek dinaiki air akibat hujan lebat berpanjangan bermula dari pagi sehingga lewat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 18 DISEMBER 2021.

Pelancaran Buku “Juang MAT SABU”

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menunjukkan buku “JUANG Mat Sabu” selepas majlis pelancaran di Mardiyah Hotel, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 17 DISEMBER 2021.

Polis Klang Tumpaskan Kegiatan Pengedaran Air Ketum dan Ubat Batuk

Antara 648 botol cecair Kodien (ubat batuk) berjaya dirampas pihak polis dalam satu kes pembongkaran setor dan tempat memproses cecair Mitragynine (ketum) ketika di sidang media di Ibu Pejabat Daerah Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 15 DISEMBER 2021.

SnoWalk i-City #DailyLife

Orang ramai mengunjungi SnoWalk I-City dengan bermain salji buatan bersama keluarga berikutan cuti sekolah sesi 2021 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 13 DISEMBER 2021.

Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Selangor

Antara senarai harga barang yang diletakkan peniaga ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melaksanakan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) berkuat kuasa 7 hingga 31 Disember di Pasar Pelabuhan Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 13 DISEMBER 2021.

Ismail Sabri Hadir Perhimpunan Agung MIC ke-75

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri diiringi Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran hadir pada Perhimpunan Agung MIC yang ke-75 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 12 DISEMBER 2021.