Wednesday, June 26, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Daily Life – TBS Mula Sesak #RayaAidilfitri2019

SESAK! penumpang beratur untuk menyemak tiket bas sebelum menaiki bas untuk pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 01 JUN 2019

Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Aidilfitri 2019

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar menyempaikan cenderamata kepada pengguna jalan raya yang pulang ke kampung halaman pada Program Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Aidilfitri 2019 di Perkarangan Tempat Letak Kereta Plaza Tol Gombak, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 01 JUN 2019

UMMAH Serah Memorandum Desak Tommy Thomas Letak Jawatan

Antara ahli-ahli UMMAH memegang poster desakan kepada peguam negara ketika hadir menyerahkan memorandum desakan Peguam Negara, Tommy Thomas untuk meletakkan jawatan dihadapan pintu masuk Jabatan Peguam Negara, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 31 MEI 2019

Majlis Iftar PTPTN Rai Rumah Kasih Nurul Hasanah

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan (tengah) beramah mesra dengan penerima-penerima sumbangan akaun PTPTN dari Rumah Kasih Nurul Hasanah pada Majlis Iftar PTPTN Bersama Media Hotel Pullman, Bangsar, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 30 MEI 2019

Syed Saddiq Rai OKU dan Asnaf di JAKEL

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sambil diiringi Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Jakel, Mohd Fuad Ahmad (kIri) beramah mesra dengan sebahagian orang kelainan upaya (oku) dari persatuan Asnaf pada Majlis Sumbangan Jakel Raya kepada Asnaf di Jakel Mall, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 30 MEI 2019

Suasana Pengebumian Allahyarham Datuk Dahlan Zainuddin

Isteri, Datin Effa Rizan menyiram pusara suaminya yang juga Penyanyi popular era 70-an, Allahyarham Datuk Dahlan Zainuddin yang meninggal dunia kerana diserang angin ahmar buat kali kedua di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 29 MEI 2019

YDP Agong Berkenan Solat Jenazah Untuk Allahyarham Dahlan Zainuddin

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunaikan solat jenazah Penyanyi popular era 70-an, Allahyarham Datuk Dahlan Zainuddin yang meninggal dunia kerana diserang angin ahmar buat kali kedua di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 29 MEI 2019

Daily Life – ‘BUNDLE’ Lorong Haji Taib

Kelihatan bayang-bayang seseorang yang melihat kasut yang terpakai atau dikenali sebagai barangan 'bundle' sebagai persiapan awal sempena Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lorong Haji Taib, Chow Kit, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 27 MEI 2019

Malaysia Gazette Sampaikan Sumbangan Bernas kepada Warga Emas

Pengurus Pemasaran Malaysia Gazette, Zairul Ahsorori (dua kiri) dan Wartawan Malaysia Gazette, Zazrina Zainuddin (dua kanan) menyampaikan sumbangan beras dan bihun Bernas kepada warga emas pada Program Tautan Kasih Rumah Seri Kenangan di Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 24 MEI 2019

Tan Sri Muhyiddin Yassin Rai Anak-anak Yatim

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim yang hadir pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 23 MEI 2019