Affan Fauzi
Daily Life – Ribuan Patung ‘Mickey Mouse’ Jadi Tarikan
Pelbagai jenis patung kartun 'Mickey Mouse' yang menghias pokok krismas pada ' Disney Celebrate The Magic' ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di salah satu pusat membeli-belah sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 23 NOVEMBER 2018
Kempen Hari Profesion Teknikal Negara – JKR
Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Dr. Roslan Md Taha sambil diiringi Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Kamaluddin Abdul Rashid (dua kanan), Pengarah Urusan, RPM Engineers Sdn. Bhd, Datuk Ir. Mohd Adnan Mohd Nor (kiri) dan Jurutera Mekanikal Bahagian Sekretariat Cawangan Dasar Pengurusan Korporat JKR Malaysia, Mohd Hazery Mohd Shamsi (kanan) menunjukkan placard selepas selesai sesi Ramah Mesra dan Temubual Bersama Ketua Pengarah Kerja Raya sempena Hari Profesion Teknikal Negara yang akan tiba pada 4 dan 5 Disember 2018 di Jabatan Kerja Raya, Menara Kerja Raya, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 22 NOVEMBER 2018
MoU Penganugerahan Sijil Tahfiz KPM antara KPM dan JAKIM
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof menyaksikan penukaran dokumen diantara Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Haji Paimuzi Yahya (dua kanan) dan Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia, Tuan Haji Adzman Talib (dua kiri) pada Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Penganugerahan Sijil Tahfiz KPM antara KPM dan JAKIM di Bilik Jamuan Aras 2, Bangunan Utama, Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 19 NOVEMBER 2018
Tuan Guru – Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 19 NOVEMBER 2018
Najib Hadir Rumah Terbuka Deepavali Parti IPF
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman bersama sebahagian tetamu berbangsa Hindu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Parti IPF Bahagian Hulu Langat di The Store, Semenyih, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 18 NOVEMBER 2018
Mat Sabu Rasmi Konvensyen Parti Amanah Negeri Selangor kali 3
Presiden Parti Amanah Negara merangkap Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu Haji menyampaikan sijil perhargaan kepada Anugerah Tokoh Belia OKU Selangor, Azzrulkhan Hasrullah Matsah sambil diiringi Pengerusi Amanah Negeri Selangor, Izham Hashim (dua kiri) pada Konvensyen Parti Amanah Negeri Selangor kali Ketiga di Dewan Serbaguna MPSJ USJ 7, Subang Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 18 NOVEMBER 2018
Azmin Ali, Rafizi Berdamai
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengangkat tangan bersama Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli (kiri) pada Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ke-13 di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 17 NOVEMBER 2018.
Hari kedua pesta bayar saman
Diskaun 50 peratus saman trafik yang bermula semalam sehingga esok nampaknya mendapat sambutan hangat dalam kalangan pesalah-pesalah trafik.
35 Pertuduhan Untuk Tan Sri Musa Aman
Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman sambil diiringi pegawai polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir untuk menghadapi beberapa pertuduhan berhubung kes rasuah di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 03 NOVEMBER 2018
Najib Razak Jumpa dan Bersama Follower
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bersalaman bersama penyokongnya sebaik selesai Majlis Santai Bersama Najib Razak di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 03 NOVEMBER 2018