Thursday, April 25, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-kanak

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun sambil diiringi Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Datuk Amiruddin Ariffin ketika melawat tapak pameran pada Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Dewan Mustari, Hotel RHRUNITEN, Bangi, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 03 NOVEMBER 2018

Senior Asisten Komisioner Kena Reman SPRM

Pegawai kanan berusia 56 tahun berpangkat Senior Asisten Komisioner yang disiasat oleh SPRM berjalan keluar selepas selesai hadir ke mahkamah untuk permohonan reman kerana disyaki disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah lebih RM100,000 antara Ogos 2017 hingga Ogos lalu di Mahkamah Majistret Putrajaya, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 26 OKTOBER 2018

Polis Tumpaskan Sindiket Scam Siber

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh menunjukkan barang-barang yang berjaya dirampas pada sidang mengenai kejayaan polis komersial Bukit Aman berjaya menumpaskan sindiket scam siber dan pinjaman tidak wujud di Menara 238, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 22 OKTOBER 2018

Pelancaran Pusat Sehenti Keusahawan dan MyPerintis-Revbiz Talk

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof menurunkan tandatangan pada prgram MyPerintis-Revbiz sambil diiringi Timbalan Menteri Pembangunan USahawan, Dr. Mohd Hatta Ramli (kanan) dan Ketua Setiausaha Kemeterian Pembangunan Usahawan, Wan Suraya Wan Mohd Radzi (tiga kiri) pada Majlis Pelancaran Pusat Sehenti Keusahawan dan MyPerintis-Revbiz Talk di Bangunan SME Corporation, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 OKTOBER 2018

Syed Saddiq Rasmi “Young Minds Take Charge”

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyempurnakan gimik pelancaran sambil diiringi Rektor UiTM Cawangan Selangor, Prof. Datuk Dr. Abu Bakar Abdul Majeed (tiga kanan) dan Pengerusi Young Minds Take Charge, Dr. Salina Mohamed (dua kiri) pada Majlis Pelancaran "Young Minds Take Charge" sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2018 di Pusat Beli-belah Melawati Mall, Taman Melawati, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 14 OKTOBER 2018

Tun Dr. Mahathir Mohamad Rasmi ‘Hari Sukan Negara’ 2018

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengibarkan bendera 'Hari Sukan Negara' sebagai gimik perasmian sambil diiringi isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali (empat kanan) dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman (dua kiri) pada Majlis Perasmian Hari Sukan Negara 2018 di Dataran Keris KL Sports City Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 13 OKTOBER 2018

Daily Life – Karya dan Sentuhan Luar Biasa Hadi Leader Potrait

Pelukis yang juga pemilik Hadi Leader Potrait Artist, Abdul Hadi Haji Ahmad, 50 duduk berehat sambil melihat hasil lukisan-lukisan potrait tokoh dan pemimpin negara yang telah dihasilkan oleh beliau ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Seni, Kuala Lumpur. foto AFFANF FAUZI, 12 OKTOBER 2018

Syed Saddiq Rasmi Pembukaan SC’s InvestSmart 2018

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman menunjukkan kebolehan bermain permainan "Jump2Invest" ketika melawat tapak pameran sambil diiringi Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC), Tan Sri Ranjit Ajit Singh (kiri) pada Majlis Pembukaan SC’s InvestSmart 2018 anjuran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di Dewan 2, Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 12 OKTOBER 2018

Zahid dan Anak Perempuan Tenang Keluar dari Ibu Pejabat SPRM

Reaksi bersahaja yang ditunjukkan anak kepada Presiden UMNO, Datuk Nurulhidayah Datuk Seri Ahmad Zahid ketika hadir bagi memberikan keterangan berhubung dakwaan penyalahgunaan wang dana dalam Yayasan Akalbudi terhadap bapanya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) , Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 10 OKTOBER 2018.

Zahid Hamidi Beri Keterangan di SPRM kali ke4

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba untuk memberikan keterangan buat kali ke empat berhubung dakwaan penyalahgunaan wang dana dalam Yayasan Akalbudi di bu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 11 OKTOBER 2018