Sunday, May 5, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Pelancaran Minggu Menabung SSPN 2018

Pegawai Pemasan Deposit Bank Islam, Sharifah Syahirah Syed Shikh (kiri) bersama Puteri Nurul Shahirah Mohd Ghazzli (kanan) menunjukkan Kad Debit-i Bank Islam Visa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasioanal (PTPTN) yang baru dilancarkan pada Majlis Pelancaran Minggu Menabung SSPN 2018 (Peringkat Nasional) di One Utama, Bandar Utama Damansara, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 05 OKTOBER 2018

Dr. Maszlee Malik Rasmi Forum Peningkatan Standard Bahasa Melayu SJKC 2018

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik sambil diiringi Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching beramah mesra bersama murid-murid dari SJKC Tung Hua pada Majlis Perasmian Forum Peningkatan Standard Bahasa Melayu SJKC 2018 di HGH Convention Centre, Sentul, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 OKTOBER 2018

Wan Azizah Serah Jalur Gemilang kepada Kontinjen Negara – Sukan Para...

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sambil diiringi Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sin Chee Keong bergambar kenangan bersama Kontinjen-kontinjen Para Asia pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke Sukan Para Asia Jakarta 2018 di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Malaysia, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 01 OCTOBER 2018

Pergerakan Pemuda UMNO 2018

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Ashraf Wajdi Dusuki (kanan) bergambar kenangan bersama Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan selepas ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO sempena Pehimpunan Agung UMNO 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 29 SEPTEMBER 2018.

Datuk Seri Najib Razak Tinjau Persiapan Perhimpunan Agung UMNO 2018

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sambil diiringi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersalaman bersama jemaah yang lain selepas menunaikan solat jumaat ketika hadir meninjau keadaan persiapan Perhimpunan Agung UMNO 2018 di Surau Ar-Rahman, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 28 SEPTEMBER 2018

Tan Sri Zeti Aziz Umum Pengagihan Pendapatan 6sen Seunit

Pengerusi Pemodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Dr. Zeti Aziz sambil diiringi Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Pemodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad (kanan) menunjukkan buka panduan mengenai ASNB pada Pelancaran unit amanah harga berubah dan penjenamaan semula dana-dana tetap ASNB di Grand Ballroom, Grand Hyatt Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 27 SEPTEMBER 2018

Maszlee Malik Flag Off bersama Huawei Malaysia

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengibarkan bendera Jalur Gemilang sambil diiringi Pengerusi Huawei Malaysia, Baker Zhou (kanan) dan penerima-penerima Top 10 Awards Ceremony pada program Flag Off bersama Huawei Malaysia "Seeds For The Future" di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 26 SEPTEMBER 2018

Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof sambil diiringi Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Mohd Ajib Ismail (tiga kiri) beramah mesra bersama penerima-penerima anugerah khas pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan di Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 20 SEPTEMBER 2018

Tun M Rasmi Persidangan Industri Saluran Kuasa Elektrik (CEPSI) 2018

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersalaman bersama para hadirin sebaik tiba pada Persidangan Industri Saluran Kuasa Elektrik (CEPSI) 2018 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 18 SEPTEMBER 2018

Jamal Yunos Ikat Jamin di Mahkamah Seysen Ampang

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos sambil diiringi anggota polis hadir untuk didakwa dibawah akta imigresen kes lari sembunyi di Indonesia dan akan dituduh dibawah seksyen 5(1) Akta Imigresen 1959/63 kerana keluar tidak melalui tempat yang sah di Mahkamah Seysen Ampang, Jalan Pandan Utama, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 18 SEPTEMBER 2018