Affan Fauzi
Walkabout Calon PKR – PRK N.49 Sungai Kandis
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) N.49 Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni beramah mesra bersama sebahagian orang ramai ketika sesi 'walkabout' sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Pasar Malam Johan Setia, Klang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 25 JULAI 2018
Lawatan Kerja Menteri Pembangunan Usahawan ke MARA
Menteri Pembangunan Usahawan, Yb Mohd Redzuan Yusof mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Amanah Rakyat (MARA) sambil diiringi Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dr. Mohd Hatta Ramli (kiri) dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf ketika mengadakan lawatan kerja ke MARA di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Mara, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 23 JULAI 2018
Persatuan Cina Klang Derma 3.4juta kepada Tabung Harapan
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima replika cek RM 3.4 juta daripada Persatuan Cina Klang pada Majlis Makan Malam Kempen Derma Tabung Harapan Persatuan Cina Klang di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC), Seksyen 15, Shah Alam. foto AFFAN FAUZI, 22 JULAI 2018
Calon PRK N.49 Sungai Kandis Berkempen
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) N.49 Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni menunjukkan kebolehannya memotong ikan ketika sesi 'walkabout' sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Jalan Kebun Tambahan, Kampung Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 22 JULAI 2018
Daily Life – Rebut Durian Longgok
Peniaga, Amirul Naim memasukkan durian ke dalam bakul dari dalam lori ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di tepi bahu jalan sekitar kawasan Setiawangsa, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 JULAI 2018
KL Daily Life
Dua pelancong berehat seketika selepas penat berjalan sambil mengunjungi Taman Tugu Negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 JULAI 2018
Imigresen Rampas Passport dan Cop Palsu
Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Seri Haji Mustafar Haji Ali menunjukkan barang yang dirampas seperti passport dan cop palsu yang dapat diberkas pada sidang media berkenaan dengan sindiket pemalsuan dokumen warga Indonesia di Menara Ikhlas, Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 10 JULAI 2018
Najib Dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi Jenayah
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi pegawai SPRM dan anggota polis keluar dari Mahkamah Sesyen Jenayah menuju ke Mahkamah Tinggi Jenayah selepas mendengar pembacaan pertuduhan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 04 JULAI 2018
Ku Li, Zahid dan KJ – Debat Presiden UMNO 2018
Sebahagian pengunjung kedai makan mengikuti perkembangan Debat Presiden UMNO diantara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Tengku Razaleigh Hamzah dan Yb Khairy Jamaluddin secara langsung menerusi Astro Awani ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kedai Makan dan Minuman Amat Jus Buah Gelas Besar, Datuk Keramat, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 29 JUN 2018
Ku Li Ramah Mesra bersama Sayap UMNO
Ketua Perhubungan UMNO Gua Musang merangkap Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah bersalaman bersama Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah pada sesi ramah mesra bersama Sayap-Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di kediamannya di Langgak Golf, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 28 JUN 2018