Tuesday, March 11, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Ahli Keluarga Ratapi Kematian Kanak-Kanak Lemas di Ukay Perdana

Reaksi sedih dan pilu ahli keluarga seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang dipercayai mati lemas selepas bermain dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ampang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 11 FEBRUARI 2023.

PM Rasmi SKSSR dan Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar beramah mesra dengan orang ramai yang hadir pada Majlis Pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dan Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto AFFAN FAUZI, 11 FEBRUARI 2023.

Zahid Pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bersama timbalannya, Datuk Rubiah Wang bergambar kenangan bersama warga kementerian selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Bulan Februari di KKDW, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 09 FEBRUARI 2023.

Yusof Apdal Rasmi Persidangan MACEE@60

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal bersama Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian D. McFeeters menyempurnakan gimik perasmian Persidangan MACEE@60 Sambutan Ulang Tahun ke-60 Malaysia-American Commission on Education di Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 09 FEBRUARI 2023.

PM, TPM Hadir Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadhillah Yusof beramah mesra dengan warga Jabatan Perdana Menteri selepas Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Februari 2023 di Puspanitapuri, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 07 FEBRUARI 2023.

Troopers Prasarana Bantu Penumpang LRT

Petugas Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berada di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Hang Tuah bagi membantu penumpang melancarkan pergerakan ke stesen Bandaraya susulan penutupan LRT Laluan Ampang antara stesen Masijid Jamek dan stesen Bandaraya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 FEBRUARI 2023.

Mahkamah Tolak Permohonan Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama peguamnya, Hisyam Teh Poh Teik hadir ke mahkamah bagi membuat permohonan mendapatkan pasport antarabangsa secara kekal bagaimanapun ditolak Mahkamah Tinggi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 FEBRUARI 2023.

01 Februari 2023 – Cuti Hari Wilayah Persekutuan

Orang ramai khususnya kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk bermandi-manda pada cuti umum sempena Hari Wilayah Persekutuan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Rekreasi Suria KLCC, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 01 FEBRUARI 2023.

Menu Rahmah RM5 di Mydin Subang Jaya

Orang ramai membeli pelbagai jenis lauk pauk 'Menu Rahmah' untuk hidangan makanan tengahari ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Raya Mydin, Subang Jaya, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 01 FEBRUARI 2023.

Suspek Bunuh Warga Asing Dibawa Dengan Tangan Bergari

Seorang warga tempatan dan seorang warga asing dibawa ke mahkamah bagi menghadapi dakwaan kes bunuh warga asing yang mayat ditemui dalam keadaan cedera di kepala dengan kaki dan tangan terikat di tepi Jalan Rawang-Bestari Jaya pada akhir Disember lalu di Mahkamah Selayang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 31 JANUARI 2023