Affan Fauzi
Anwar Ibrahim dan Buku Membangun Negara Madani
Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan gimik pelancaran Buku Membangun Negara Madani: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi di Hotel Tamu, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 NOVEMBER 2022.
Reaksi Vigneswaran, Saravanan Selepas Mesyuarat Tergempar MIC
Reaksi Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran bersama timbalannya, Datuk Seri Saravanan dan Naib Presiden MIC, Datuk T. Mohan (kiri) selepas mempengerusikan Mesyuarat Tergempar MIC mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 di Ibu Pejabat MIC, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 02 NOVEMBER 2022.
Pengumuman Calon Perikatan Nasional #PRU15
Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bergambar dengan calon-calon yang bertanding Parlimen dan DUN pada Majlis Pengumuman Calon Perikatan Nasional sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 01 NOVEMBER 2022.
Shafie Apdal Umum Calon Warisan di Semenanjung #PRU15
Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal bergambar bersama calon-calon yang akan bertanding pada Majlis Perkenalan Calon-Calon Warisan bagi kerusi Parlimen dan DUN Semenanjung Malaysia sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di Galaxy Ampang Mall, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 01 NOVEMBER 2022.
Kejohanan Badminton Piala Datuk Seri M. Saravanan
Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M. Saravanan menyampaikan raket dan beg kepada penerima cabutan bertuah selepas merasmikan Kejohanan Badminton Piala Datuk Seri M.Saravanan di Kompleks Sukan Tapah, Perak. Foto AFFAN FAUZI, 29 OKTOBER 2022.
Saarani Lancar Program Mahasiswa Perak Sejahtera 2030
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad beramah mesra dengan pelajar institut pengajian tinggi selepas Pelancaran Program Mahasiswa Perak Sejahtera 2030 di Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak. Foto AFFAN FAUZI, 28 OKTOBER 2022.
Dua Lagi Suspek Culik Lelaki Palestin Tangan Bergari Ke Mahkamah
Suspek, Mohd Zaidi Mohd Zain dan Tengku Hazarol Ismail Tengku Hamid diiringi polis ketika dihadapkan ke mahkamah bagi menghadapi tuduhan menculik warga Palestin di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 26 OKTOBER 2022.
Hamzah Zainudin di Sambutan Jubli Emas Ulang Tahun RELA Ke-50
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin menyempurnakan gimik perasmian pada Majlis Makan Malam sempena Sambutan Jubli Emas Hari Ulang Tahun Ke-50 Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Marriott Hotel, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 25 OKTOBER 2022.
Qariah Malaysia, Qari Bahrain Johan Tilawah Al-Quran MTHQA
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyampaikan hadiah kepada Qariah dari Malaysia Sofizah Mousin yang dinobatkan sebagai Johan Tilawah Kategori Wanita pada Majlis Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-62 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto AFFAN FAUZI, 24 OKTOBER 2022.
PM Hadir Sambutan Deepavali di Little India Brickfields
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama masyarakat India ketika sesi walkabout sempena sambutan Deepavali di Little India, Brickfields, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 22 OKTOBER 2022.