Affan Fauzi
Fesyen Artis Karpet Merah AIM23
Selebriti, Janna Nick di karpet merah pada Anugerah Industri Muzik ke 23 (AIM23) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (Wisma MBSA), Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 11 SEPTEMBER 2022.
Kuala Lumpur Berjerebu Semula?
Pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang terjejas akibat jerebu mula melanda ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Ampang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 11 SEPTEMBER 2022.
Zahid Hamidi Hadir Perhimpunan Agung Tahunan Ke-14 Makkal Sakti
Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi diiringi Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Datuk Seri R. S. Thanenthiran serta yang lain bergambar kenangan bersama perwakilan-perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung Tahunan kali Ke-14 Parti Makkal Sakti Malaysia di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 11 SEPTEMBER 2022.
Cuti Persekolahan – Pusat Sains Negara Jadi Tumpuan
Sebahagian warga kota mengambil peluang cuti sekolah dengan membawa ahli keluarga bagi ruang Pameran Dinosaur Encounter ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 08 SEPTEMBER 2022.
Alexander Rasmi Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia Ke-29
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meluangkan masa melawat pameran selepas merasmikan Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2022 (FIM2022) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto AFFAN FAUZI, 08 SEPTEMBER 2022.
Jaguh Beregu Negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Terima Insentif...
Juara beregu lelaki Kejohanan Badminton Dunia 2022, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menerima Insentif daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Majlis Penyampaian Insentif BAM di Akademi Badminton Malaysia, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 07 SEPTEMBER 2022.
Polis KL Berkas Suspek Samun Bersenjata, Rampas Dua Pucuk Pistol
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Kassim (tiga kiri) bersama Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai (dua kanan) menunjukkan barang rampasan mengenai kes tangkapan dan rampasan senjata api selepas sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 06 SEPTEMBER 2022.
Azeez Rahim Hadir Mahkamah Dengar Keputusan Kes Rasuah dan Pengubahan Wang...
Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berjalan keluar selepas mendengar keputusan sama ada Mahkamah Rayuan membenarkan atau menolak rayuan untuk membatalkan 13 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 05 SEPTEMBER 2022.
Kiraan Detik 12 Malam Ambang Merdeka di Floria Putrajaya
Orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan pertunjukkan bunga api sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang pada Majlis Sambutan Ambang Merdeka di Anjung Floria, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 30 OGOS 2022.
Ismail Sabri Rasmi Persidangan Tenaga Lestari Antarabangsa Kali Ke-5
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat tapak pameran selepas merasmikan Persidangan Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) Kelima 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 29 OGOS 2022.