Muhammad Aizat Zainal
‘Wajah, Jari dan Kudrat’ Buruh Asing
Wajah pekerja warga Pakistan, Jaafar Nawab bersama pekerja warga Bangladesh, Kawser Ahmed, pekerja warga India, Mahesh Dev dan pekerja warga Myanmar, Chan Nurin merantau jauh dari kampung halaman untuk mencari rezeki ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 10 MEI 2025.
Operasi Imigresen Serbu Rumah Urut
Sebahagian wanita warga asing yang bekerja di rumah urut ditahan untuk pemeriksaan ketika operasi bersepadu oleh Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dijalankan di sekitar Changkat Bukit Bintang. Foto AIZAT ZAINAL, 05 MEI 2025.
Bekas Ahli GISBH Menjalani Proses Penyucian Akidah
Bekas ahli Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) menjalani proses pemulihan akidah menerusi Program lnsan Rabbani Tahun 2025M/1446H di S.R.A Bandar Country Homes, Rawang. Foto AIZAT ZAINAL, 4 MEI 2025.
Anwar Solat Jumaat Dengan Warga Bandar Saujana Putra
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama jemaah yang hadir selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Bandar Saujana Putra. Selangor. Foto AIZAT ZAINAL 02 MEI 2025.
Sidang Media PDRM Kejayaan Tumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah
Pemangku Pengarah JSJN Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali menunjukkan barang rampasan berkenaan sindiket pengedaran dadah dalam Ops AGBA di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, Foto AIZAT ZAINAL, 29 APRIL 2025
Perasmian Balai Polis Bandar Country Homes
Demonstrasi anggota PDRM mengenai peristiwa Lahad Datu dipersembahkan pada Majlis Perasmian Balai Polis Country Homes di Rawang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 18 APRIl 2025
Bendera Malaysia Separuh Tiang #TunAbdullah
Bendera Malaysia dikibar separuh tiang sebagai tanda penghormatan kepada Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia semalam ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 15 APRIL 2025
Festival Songkran 2025
Orang ramai tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti simbah air pada Festival Songkran Perdana Malaysia 2025 ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Petaling Jaya, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 13 APRIL 2025.
Operasi Imigresen Cekup PATI
Seramai 288 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bersama JPN dan APMM di sekitar Hentian Kajang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 11 APRIL 2025.
Kuala Lumpur #KL2025
Pengunjung tidak melepaskan peluang beriadah dan merakam kenangan bersama keluarga berlatarbelakangkan menara ikonik Kuala Lumpur pada cuti hujung minggu ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 05 APRIL 2025.