Wednesday, September 16, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Aizat Zainal

Muhammad Aizat Zainal

331 Artikel 0 Komen

Ab. Rauf Bantu Mangsa Kemalangan Ketika Jelajah Sayang Rakyat

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh membantu mangsa nahas kemalangan jalan raya ketika program Jelajah Ketua Menteri Melaka Sayang Rakyat di sekitar Melaka. Foto AIZAT ZAINAL, 02 OGOS 2026.

Perjalanan Akhir Allahyarham Ahmad Shah Ahmad Ros

Reaksi sebak ibu, Zulfah Fadliani ketika pengebumian anaknya Allahyarham Ahmad Shah Ahmad Ros yang maut akibat ditikam di Korea Selatan ketika di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Puteri, Rawang. Foto AIZAT ZAINAL, 30 JULAI 2026.

Menteri Belia dan Sukan Pandu Uji Litar Sepang

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari menguji sendiri kesediaan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada lawatan kerja sempena penganjuran Formula 1 GP Bahrain Gulf Air 2026 Oktober ini di Sepang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 30 JULAI 2026.

Keadaan Pelarian Rohingya di IPK KL

Pelarian Rohingya kelihatan tidak dapat menahan sebak selepas ditempatkan sementara ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 28 JULAI 2026.

PM di Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Resolusi Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 daripada Premier Sarawak yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kanan) pada majlis penutupnya di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Foto AIZAT ZAINAL, 27 JULAI 2026.

Perasmian Penutupan Ujian Rentas Halangan Jabatan KDNKA

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (belakang, tengah) bergambar kenangan dengan Skuad 69 Komando yang merupakan Juara Acara Berkumpulan Rentas Halangan pada Penutupan Ujian Rentas Halangan Jabatan KDNKA Tahun 2026 di Cheras. foto AIZAT ZAINAL, 22 JULAI 2026.

Zizie Izette Selepas Bebas Pertuduhan Subahat Rasuah

Reaksi gembira Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad berpelukan selepas Mahkamah Sesyen membebaskannya daripada tiga pertuduhan bersubahat rasuah dengan suaminya Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.8 juta ketika di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 20 JULAI 2026.

Penyokong Sepanyol vs Argentina Akhir Piala Dunia 2026

Reaksi penyokong Sepanyol meraikan kemenangan selepas menewaskan Argentina 1 - 0 menerusi skrin besar tayang siaran langsung perlawanan akhir Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan Argentina di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 20 JULAI 2026.

Zahid Sampaikan Amanat Kepada Kontinjen TVET@KKDW

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra bersama kontinjen selepas Majlis Amanat Bersama Kontinjen TVET@KKDW Ke Worldskills Shanghai 2026 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 13 JULAI 2026.

Van ‘One Piece’ Curi Tumpuan di Hari Terakhir Kempen

Penduduk tempatan, Samsuri Othman, 64, memandu van dipenuhi poster berkenaan politik negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Senggarang, Batu Pahat. Foto AIZAT ZAINAL, 10 JULAI 2026.