Muhammad Aizat Zainal
Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza
Orang ramai hadir pada Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza ketika tinjauan lensa Malaysiagazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 24 OGOS 2025.
Solat Hajat Malaysiaku Bersama Gaza
Suasana awal orang ramai menunaikan Solat Maghrib dan Solat Hajat pada malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza ketika tinjauan lensa Malaysiagazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 24 OGOS 2025.
Himpunan Mogok NGO dan Mahasiswa
Pertubuhan bukan kerajaan GAMIS dan HARAM menganjurkan Himpunan Mogok dan menyerahkan memorandum bagi menuntut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berundur dari jawatannya di hadapan Kementerian Pendidikan, Putrajaya. Foto AIZAT ZAINAL, 21 OGOS 2025.
Hilman Idham Didakwa di Mahkamah KL
ADUN Gombak yang juga Ketua Armada Bersatu, Muhammad Hilman Idham hadir ke mahkamah bagi pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, berkaitan Himpunan Malam Solidariti Tolak Akta Hasutan di Mahkamah Majistret Jenayah, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 20 OGOS 2025.
Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Parlimen Malaysia
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengibarkan jalur gemilang pada Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Parlimen Malaysia Tahun 2025 di Menara Parlimen. Foto AIZAT ZAINAL, 19 OGOS 2025.
‘Sesat’ Dalam Realiti Maya
Gelagat orang ramai yang mencuba permainan deria fiksyen sains dengan menggunakan teknologi Realiti Maya (VR) bersempena pembukaan DFE: Immersive Experience @ KL ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 15 OGOS 2025.
Rumah dan Lot Kedai Hangus
Orang ramai melihat Anggota Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja pemadam api dalam kejadian kebakaran deretan rumah dan lot kedai di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 08 OGOS 2025.
Misi Operasi Pembenihan Awan
Petugas melakukan persiapan untuk Operasi Pembenihan Awan di Lapangan Terbang TUDM Subang, Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 4 OGOS 2025.
Aksi Badang di ‘Felda Strongest Man 2025’
Aksi peserta yang menyertai pertandingan 'Felda Strongest Man 2025' pada program Mega Karnival 3 Dimensi 2025 di Mitec, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 3 OGOS 2025.
Tiga Bulan Tanpa Lif, Penduduk Lembah Pantai Rayu Tindakan Segera
Warga emas terpaksa menggunakan tangga akibat kerosakkan lif yang telah berlaku sejak 3 bulan lalu ketika di Blok 20, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 3 OGOS 2025.

















