Muhammad Aizat Zainal
Zahid Hamidi Lancar Program TVET-MSU
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Presiden dan Pengerusi Management and Science University (MSU), Profesor Tan Sri Mohd Shukri Ab. Yajid bergambar bersama pelajar pada Majlis Pelancaran Program TVET Management and Science University (TVET-MSU) di Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 30 JULAI 2025.
Serah Terima Tugas Ketua Polis Selangor Baharu
Pengarah Logistik dan Teknologi Bukit Aman, CP Gilbert Philip Layang (tengah) menyaksikan penyerahan tongkat kuasa daripada Pemangku Ketua Polis Selangor, DCP Mohd Zaini Abu Hassan (kiri) kepada Ketua Polis Selangor yang baharu, Datuk Shazeli Kahar (kanan) pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 30 JULAI 2025.
Johari Ghani, Zaliha Tinjau Jambatan Kecil Desa Pandan
Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Zaliha Mustafa meninjau jambatan kecil yang menjadi laluan kenderaan di Desa Pandan. Foto AIZAT ZAINAL, 23 JULAI 2025.
LENSA MG | Harimau Kumbang APOH
Gelagat 'selebriti' Zoo Negara, Harimau kumbang jantan yang diberi nama Apoh mencuri tumpuan orang ramai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Zoo Negara, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 22 JULAI 2025.
Ibu Zayn Rayyan Hadir Ke Mahkamah
Ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf hadir bela diri pertuduhan pengabaian kanak-kanak autistik itu ditemani bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari di Mahkamah Petaling Jaya. Foto AIZAT ZAINAL, 22 JULAI 2025.
Keputusan Kes Zayn Rayyan di Mahkamah
Bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari (kanan) selepas dibebas dan dilepaskan manakala ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf (kiri) diperintah bela diri pada keputusan pertuduhan pengabaian anaknya itu di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. Foto AIZAT ZAINAL, 21 JULAI 2025.
Syarahan Perdana Warisan Ilmu Islam di Festival Turath Islami 3.0
Ribuan jemaah hadir bagi menyertai Syarahan Perdana “Pedoman Mendidik Anak ke Arah Menghargai Warisan Keilmuan Islam” pada Festival Turath Islami Selangor 3.0 di Masjid Sultan Salahduddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 18 JULAI 2025.
Polis Mohon Reman Pengasas eHati dan Empat Individu
Enam individu termasuk pasangan suami isteri yang merupakan pengasas program eHati diiring anggota polis bagi permohonan reman susulan penganjuran program motivasi rumah tangga yang didakwa songsang di Mahkamah Shah Alam, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 16 JULAI 2025.
Kumpulan Pertama ‘Umrah 1000 Asnaf’ Berlepas #Ikhlas
Sebahagian jemaah program 'Umrah 1000 Asnaf' berdoa sebelum berlepas ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah Umrah tajaan Ikhlas.com di KLIA2, Sepang. Foto AIZAT ZAINAL, 14 JULAI 2025.
Hias Lobi Lif Pangsapuri Seri Malaysia
Persatuan penduduk bergotong-royong menghiasi lobi lif sempena program Jiran Strata ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Pangsapuri Seri Malaysia, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 12 JULAI 2025.

















