Muhammad Aizat Zainal
Anthony Loke Tinjau Operasi Jet di LTSAAS
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meninjau operasi jet ketika membuat lawatan kerja ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 30 JULAI 2024.
Operasi Penguatkuasaan SPAN Serbu Kolam Pancing
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyerbu premis kolam pancing yang disyaki melakukan sambungan bekalan air yang tidak sah di Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara, Pelabuhan Klang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 25 JULAI 2024.
Lori Tangki Air Selangor
Sebahagian penduduk membawa bekas untuk mengambil air daripada lori tangki yang disediakan syarikat Pengurusan Air Selangor berikutan gangguan bekalan air yang dihadapi ekoran hentian tugas Loji Rawatan Air di Seksyen 28 Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 24 JULAI 2024.
Unit Forensik Polis Menemui Dompet, Mykad Dan Kunci kereta Di Sungai...
Anggota Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik PDRM menemui kunci dan dompet sebagai barang bukti bagi kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah di sungai Kampung Batu 4, Trolak, Perak. Foto AIZAT ZAINAL, 22 JULAI 2024.
Polis Bawa Suspek ‘Bunuh Nur Farah’ Ke Lokasi Ladang Sawit
Anggota polis membawa suspek ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini di ladang sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 16 JULAI 2024.
Polis Reman Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini
Polis membawa penjawat awam yang ditahan berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini tiba di mahkamah bagi permohonan reman di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 16 JULAI 2024.
Anwar Luang Masa Dengan Warga Putrajaya
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan sebahagian murid dan kanak-kanak ketika makan tengahari sebelum solat jumaat di Surau An-Najah, Presint 9, Putrajaya. Foto AIZAT ZAINAL, 12 JULAI 2024.
Sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar menyampaikan Anugerah Tokoh Utama kepada Tan Sri Abdul Rashid Hussain pada Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1446H/2024M di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 11 JULAI 2024.
SPRM Mohon Reman Pasangan Pempengaruh
Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh dibawa pegawai SPRM hadir ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman membantu siasatan atas dakwaan menyeleweng dana awam untuk kegunaan peribadi dan tujuan perniagaan di Putrajaya. Foto AIZAT ZAINAL, 11 JULAI 2024.
ADUN Sungai Bakap Baharu, Abidin Ucap Terima Kasih Kepada Pengundi
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap baharu, Abidin Ismail menariki lori beramah mesra dengan penduduk pada hari pertama sebagai ADUN Sungai Bakap selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.20 Sungai Bakap di Perkaranggan Sungai Kechil, Pulau Pinang. Foto AIZAT ZAINAL, 6 JULAI 2024.