Akhbar Cina
Nurul Izzah bertanding selepas Saifuddin beri laluan
Arena politik PKR semakin memanas apabila Nurul Izzah Anwar dilaporkan akan bertanding jawatan timbalan presiden parti itu.
Pengalaman lucu guna tandas pintar dengan sensor
Perkongsian seorang lelaki yang mengalami pengalaman lucu ketika membuang air besar dalam tandas awam dengan lampu sensor automatik telah mencuit hati warganet.
Kemelut PKR: Anwar tawar pelan damai, elak pertandingan timbalan presiden?
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menawarkan pelan perdamaian kepada timbalannya, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku dan memastikan kestabilan parti.
Mohd. Rafizi luah hasrat letak jawatan
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli, dilaporkan meluahkan hasrat untuk meletak jawatan dalam satu mesyuarat bersama penyokongnya yang diadakan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada 23 April.
Telur istimewa dilancar jika harga membebankan
Penternak telah mencapai persetujuan dengan kerajaan untuk memperkenalkan telur ayam 'gred istimewa' jika harga makanan itu melonjak secara mendadak.
Pengecualian visa 90 hari, tetapi had 30 hari setiap kemasukan
Pemberian pengecualian visa selama 90 hari kepada pelancong dari China tidak bermakna mereka boleh tinggal di Malaysia secara berterusan selama tiga bulan.
“Sudah banyak kali MCA dilukai”
MCA sudah memberi masa dua tahun, tetapi BN masih tidak menetapkan hala tuju yang jelas, satu keadaan yang mendorong MCA mempertimbangkan jalan yang ada di depan.
23 undi menjadi tanda amaran
Walaupun 23 undi kelihatan sangat kecil dalam Pilihan Raya Kecil Ayer Kuning, jumlah itu tetap boleh menjadi petanda amaran awal untuk BN dan PH di kawasan majoriti tumpuan pengundi Cina.
Cabaran utama Ayer Kuning: Pujuk pengundi Cina, Melayu balik kampung
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Mah Hang Soon berkata, hala tuju pengundi Cina akan menentukan corak kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Dr. Mohamad Yusri Bakir, di pilihan raya kecil Ayer Kuning.
Jualan tong di Pulau Pinang macam pisang goreng panas
Jualan tong besar dan baldi di Pulau Pinang melonjak menjelang hari gangguan air besar-besaran pada 25 April.