Muhamad Asyraf
Sempat Jejak Kasih…Calon BN Labu Seronok Jumpa Kawan-Kawan di Pusat Mengundi
Calon Barisan Nasional (BN) DUN Labu, Maira Hasim menyifatkan proses pengundian pada sebelah pagi berjalan lancar dan teratur, selain optimis kehadiran pengundi akan terus meningkat sepanjang hari sambil menyifatkan penerimaan masyarakat terhadapnya sebagai anak jati Labu amat menggalakkan.
#malaysiagazette #PRNNegeriSembilan #N9memilih #PRNNegeriSembilan2026 #UndiN9 #barisannasional
Ahmad Faez Puas Hati Proses Pengundian Pagi, Harap Peratus Keluar Mengundi...
Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Labu, Datuk Ahmad Faez Abu Bakar berpuas hati dengan kelancaran proses pengundian pada sebelah pagi dan memuji kesiapsiagaan petugas SPR, sambil menggesa lebih ramai pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka sepanjang hari.
#malaysiagazette #PRNNegeriSembilan #N9memilih #PRNNegeriSembilan2026 #UndiN9 #PakatanHarapan #PH
Gabungan Untuk Dapat Kuasa, Ada Keperluan Masing-Masing Selepas Itu Timbul Masalah...
Tinjauan MalaysiaGazette mendapati sebahagian pengundi di Negeri Sembilan masih mempersoalkan keikhlasan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), yang sebelum ini sering bertelagah tetapi kini bergabung bagi menghadapi PRN. Mereka berharap persefahaman itu bukan sekadar strategi meraih kuasa, sebaliknya mampu bertahan demi membentuk kerajaan yang stabil serta mengutamakan kebajikan rakyat.
#malaysiagazette #PRNNegeriSembilan #N9memilih #PRNNegeriSembilan2026 #UndiN9
Kita Akan Mendedahkan Keseluruhan Laporan RCI Tabung Haji – PM
Kerajaan akan mendedahkan keseluruhan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji tanpa sebarang bahagian disorok atau dipotong, termasuk nama individu yang terlibat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu telah dipersetujui Kabinet bagi memastikan laporan, syor serta keseluruhan proses siasatan didedahkan secara telus kepada rakyat.
Sudah Habis Gear Kempen, Ahmad Faez Serah Penentuan Kepada Pengundi Labu
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu, Datuk Ahmad Faez Abu Bakar mengakui beliau sudah mengerah segala kudrat sepanjang tempoh 14 hari berkempen dan kini menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada pengundi.
#malaysiagazette #PRNNegeriSembilan #N9memilih #PRNNegeriSembilan2026 #UndiN9 #PakatanHarapan #PH
PH Perhebat Kempen Saat Akhir, Sasar Pengundi Atas Pagar – Aminuddin
Pakatan Harapan (PH) mempergiatkan gerak kerja kempen pada saat-saat akhir menjelang hari mengundi dengan memberi tumpuan kepada usaha menarik sokongan pengundi atas pagar. Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, jentera parti kini memanfaatkan sepenuhnya tempoh berkempen bagi meyakinkan pengundi yang masih belum membuat keputusan agar memberikan mandat kepada PH.
#malaysiagazette #PRNNegeriSembilan #N9memilih #PRNNegeriSembilan2026 #UndiN9 #PakatanHarapan #PH
Parti Sebelah Sana Masih Tak Ada Calon MB, Esok Lusa Dah...
Datuk Seri Aminuddin Harun menyindir Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang didakwanya masih gagal menamakan calon Menteri Besar Negeri Sembilan meskipun kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah berada di penghujung.
Hamzah Persoal Pendedahan RCI Tabung Haji Selepas Tiga Tahun
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mempersoalkan tindakan kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji selepas tiga tahun, sambil mendakwa ia mungkin bermotifkan kepentingan politik.
Pas Jadi ‘Penjaga Gol’ Bantu UMNO Pertahan Johor – Hadi Awang
Pas mengambil pendekatan sebagai ‘penjaga gol’ bagi membantu UMNO Barisan Nasional (BN) mempertahankan kuasa di Johor, selain menggesa ahli parti itu memberikan sokongan kepada gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
#malaysiagazette #PRNNegeriSembilan #N9memilih #PRNNegeriSembilan2026 #UndiN9
UMNO-Pas Tidak Mahu Bergaduh, Penyatuan Demi Kestabilan Negara – Hamzah
Kerjasama antara UMNO dan Pas bukan bertujuan mencetuskan perbalahan politik, sebaliknya berasaskan agenda lebih besar untuk rakyat dan memastikan kestabilan negara, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
#malaysiagazette #PRNNegeriSembilan #N9memilih #PRNNegeriSembilan2026 #UndiN9

















