Bernama
Tiada petunjuk saki baki pengganas masuk ke Keningau
Beliau berkata, belum ada maklumat risikan bahawa anggota kumpulan militan melarikan diri untuk bersembunyi di daerah itu susulan pihak tentera Filipina melancarkan serangan berterusan ke atas bandar Marawi bagi membebaskan bandar itu daripada penguasaan kumpulan militan itu.
Kapal tangki minyak diesel milik Thailand disamun
Ketua Tentera Laut Thailand Bahagian ke-2 Laksamana Pornchai Pinthong berkata, sekumpulan enam atau tujuh lanun itu berjaya mencuri 1.5 juta liter minyak diesel daripada 3.8 juta liter muatan keseluruhan yang dibawa kapal itu.
Aidilfitri wadah hormati kepelbagaian di Malaysia – Sultan Nazrin
Sultan Nazrin turut berpesan bahawa dalam keriangan menyambut Aidilfitri terdapat hampir 60 juta umat Islam sedang menumpang tinggal di pusat-pusat pelarian di serata dunia.
PPK mahu tutup terus isu kerugian BNM – Sidek
"Bukanlah niat pasukan petugas untuk menjejaskannya, malah kami berbangga dengannya (pencapaian Bank Negara Malaysia)," kata Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada temu bual bersama sekumpulan media pada Jumaat.
Rumah terbuka PM, Jemaah Menteri pada 1 Syawal
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Othman Mahmood berkata, rumah terbuka itu akan berlangsung dari 10 pagi hingga 4 petang.
Ringgit diramal rendah minggu depan
Ketua Penyelidik Inter-Pacific Research Sdn Bhd Pong Teng Siew berkata, harga minyak mentah dijangka kekal lemah, dipengaruhi lebihan bekalan yang akan memberi kesan kepada kepada mata wang tenmpatan.
Jangan gadai kedaulatan, kebebasan negara – TPM
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, kerajaan akan terus komited membantu rakyat dalam menangani kos sara hidup, isu percukaian dan masalah sosial seperti buli yang semakin membimbangkan
AirAsia tambah 14 Airbus
Syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata, 10 pesawat akan dihantar pada tahun depan dan bakinya pada 2019, masing-masing dilengkapi dengan reka bentul "sharklet" pada hujung sayap bagi menjimatkan bahan api.
Kad pembayaran kini guna PIN
Semua terminal kad pembayaran yang digunakan dalam negara, termasuk terminal bayaran di stesen minyak, telah dinaik taraf bagi menyokong penggunaan PIN.
Penstrukturan semula MAS tunjuk hasil positif – PM
"Berpuas hati bahawa penstrukturan semula berjalan lancar, menunjukkan hasil positif. Pasukan memang wajar mendapat bayaran ex-gratia. Teruskan usaha cemerlang anda," kata Najib