Bernama
Pemandu kren direman disyaki dera anak saudara
Yusharifuddin berkata lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pemandu kren itu ditahan pada 12.20 tengah malam tadi dan dia disyaki memukul tangan kiri kanak-kanak itu dengan tali pinggang hingga menyebabkan kesan lebam pada tangan mangsa.
PKBM siasat insiden LLR
Amarjit yang juga Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) berkata PKBM sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan dalam semua penganjuran acara berbasikal, khususnya melibatkan penggunaan jalan raya awam termasuk mematuhi garis panduan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
Perlawanan esok uji kombinasi baharu – Ketua Jurulatih Palestin
Ketua Jurulatih Ehab Abu Jazar berkata skuadnya berdepan cabaran apabila beberapa pemain utama terpaksa diketepikan kerana kecederaan namun perlawanan tersebut akan menjadi peluang berharga untuk menilai potensi pemain baharu.
Malaysia tidak ambil mudah bertemu Palestin – Cklamovski
Cklamovski berkata Palestin merupakan lawan yang hebat dengan gaya permainan agresif dan pemain yang berkualiti, dan Malaysia mesti terus fokus pada permainan mereka untuk menunjukkan peningkatan di Stadium Sultan Ibrahim di sini.
Anutin ambil alih jawatan PM Thailand selepas perkenan diraja
Ketua Parti Bhumjaithai, Anutin Charnvirakul pada Ahad secara rasmi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Thailand ke-32 selepas menerima perkenan diraja, sekali gus menandakan lembaran baharu dalam kepimpinan politik negara itu.
Banteras politik identiti jika mahu raih, kekal kemenangan – Dr Dzulkefly
Mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, Dzulkefly berkata rundingan sedang berjalan dengan penuh hikmah dan berharap permohonan parti itu untuk bertanding di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dapat dipertimbangkan.
Timbalan Ketua Pemuda hadir mesyuarat Bersatu, BN tuntut MIC beri penjelasan
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata terserah kepada kepimpinan MIC untuk mengambil sebarang tindakan disiplin mengikut peraturan parti itu.
Gempa bumi: SMART akan dimobilisasikan ke Afghanistan – Zahid
Ahmad Zahid berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin supaya Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (Kor Kesihatan Diraja) turut dihantar menyertai SMART dalam misi berkenaan.
Lelaki cedera dikelar rakan serumahnya di Seremban
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohammad Hatta Che Din berkata seorang lelaki tempatan membuat laporan polis pada 6.24 petang, memaklumkan menjumpai seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah serta terdapat kesan kelar pada leher.
SPRM maklumkan perkembangan kes profil tinggi Selasa Ini – Azam
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya turut akan memperincikan kes berkaitan siasatan Op Sikaro, syarikat penyedia penyelesaian minyak dan gas Sapura Energy Berhad serta beberapa kes lain yang disiasat sejak tahun lepas.

















