Kredit IPK Seremban

SEREMBAN – Seorang lelaki berusia 31 tahun cedera di leher akibat dikelar oleh rakan serumahnya selepas berlaku perselisihan faham di Taman Rasah Jaya, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohammad Hatta Che Din berkata seorang lelaki tempatan membuat laporan polis pada 6.24 petang, memaklumkan menjumpai seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah serta terdapat kesan kelar pada leher.

Beliau berkata mangsa telah di bawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk rawatan lanjut.

“Tangkapan dibuat pada hari ini di Hospital Sungai Buloh Selangor oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban terhadap rakan serumah mangsa berusia 23 tahun yang dirawat di situ akibat kemalangan semasa melarikan diri.

“Rakan serumahnya merupakan suspek utama dalam kes ini dan punca kejadian kerana selisih faham,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohammad Hatta berkata suspek direman lima hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast