Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia (IAM) telah menyerahkan tiga unit van jenazah kepada penerima yang dikenal pasti.- Gambar IAM

KUALA LUMPUR – Selaras dengan komitmen Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia (IAM) dalam memperkukuh agenda kemanusiaan serta memperluas manfaat kepada masyarakat, pihaknya telah menyerahkan tiga unit van jenazah kepada penerima yang dikenal pasti.

Presiden IAM, Zawahir Abdullah berkata, inisiatif penyerahan van penumpang itu merupakan salah satu program di bawah Sektor Pendidikan IAM yang memberi tumpuan kepada usaha membantu institusi pendidikan dan rumah kebajikan dalam memperkasakan kemudahan pengangkutan untuk kegunaan pelajar serta pelaksanaan aktiviti pendidikan dan kemasyarakatan.

Melalui majlis itu, tiga buah institusi akan menerima sumbangan van penumpang iaitu Universiti College Bestari (UCB), Putera Jaya, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu, Pertubuhan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA) dan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah, Kampung Mengabang Panjang, Kuala Nerus, Terengganu.

Majlis sumbangan itu diadakan semalam dan hari ini, katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, penyerahan satu unit van jenazah pula merupakan inisiatif di bawah Sektor Program Untuk Komuniti IAM yang bertujuan memperkukuh kemudahan pengurusan jenazah serta memberikan manfaat secara langsung kepada masyarakat setempat.

Van jenazah tersebut akan disumbangkan kepada Masjid Kampung Gong Pasir, Mukim Kerandang, Besut, Terengganu, dan akan diurus selia oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid bagi kegunaan penduduk setempat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here