Monday, August 31, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

1025 Artikel 0 Komen

Dr Dzulkefly Tinjau Keadaan KLIA, KLIA2 #Koronavirus

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (tengah) mendengar penerangan ketika melawat Pusat Pemantauan Saringan suhu badan di Terminal Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 27 JANUARI 2020.

[FOTO] Syed Hamid Albar Meninjau Proses Penamaan Calon PPBM

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Syed Hamid Albar (dua kanan) berbual semasa meninjau proses penamaan calon PPBM peringkat Wilayah Persekutuan di Ibu Pejabat PPBM Wilayah Persekutuan, Sentul Pasar, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 26 JANUARI 2020

Daily Life | Aquaria KLCC #CNY2020

Pengunjung tidak melepaskan peluang melihat persembahan tarian naga dalam air ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena sambutan Tahun Baru Cina di Aquaria KLCC, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 25 JANUARI 2020

[FOTO] Majlis Kenduri Doa Selamat Sarjan Sabu ke Mekah

Bekas anggota UTK, Sarjan (B) Nazaruddin @ Sabu (tengah) membaca doa pada Majlis Kenduri Doa Selamat Sarjan Sabu ke Mekah di Flat PPR Laksamana, Cheras, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 25 JANUARI 2020

Tun M Hadir Rumah Terbuka Tahun Baru Cina GERAKAN

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (tengah) ditemani isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali bersama Presiden GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau (tiga kiri) dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali (dua kiri) melakukan 'Lou Sang' pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PGRM di Bangunan PGRM, Cheras, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 25 JANUARI 2020

Hari Pertama Datuk Mohamad Alamin Sebagai MP Kimanis

Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin (dua kiri) beramah mesra dan mengucapkan terima kasih kepada peniaga dan penduduk pada hari pertama sebagai Ahli Parlimen Kimanis selepas menang Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis di Pasar Tamu Pekan Membakut, Kimanis, Sabah. foto FAREEZ FADZIL, 19 JANUARI 2020

[FOTO] LENSA MG | BN Menang Majoriti 2,029 Undi di Kimanis...

Calon BN, Datuk Mohamad Alamin melambai ke arah petugas media selepas diumumkan sebagai pemenang di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 176 Kimanis di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir, Beaufort, Sabah. foto FAREEZ FADZIL, 18 JANUARI 2020

[FOTO] Kotak-Kotak Undi Tiba di Pusat Penjumlahan Undi #PRKKimanis

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa kotak undi untuk dikira di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 176 Kimanis di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir, Beaufort, Sabah. foto FAREEZ FADZIL, 18 JANUARI 2020

[FOTO] Anggota Polis Tutup Pintu Pagar Pusat Mengundi #PRKKimanis

Anggota polis menutup pintu pagar selepas tamat waktu mengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 176 Kimanis di Sekolah Kebangsaan Our Lady, Kimanis, Sabah. foto FAREEZ FADZIL, 18 JANUARI 2020

[FOTO] Shafie Apdal Hadir Berjumpa Penduduk Bagi Meraih Undi #PRKKimanis

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal (dua kanan) hadir berjumpa penduduk bagi meraih undi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 176 Kimanis di Sekolah Kebangsaan Our Lady, Kimanis, Sabah. foto FAREEZ FADZIL, 18 JANUARI 2020