Muhammad Fareez Muhamad Fadzil
Pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Perkenal Jentera Baharu #MotoGP #Pramusim
Pelumba pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing, Franco Morbidelli (kanan) dan Fabio Quartararo (kiri) pada Majlis Memperkenalkan Jentera Baharu PETRONAS Yamaha Sepang Racing sempena Ujian Pra Musim MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 06 FEBRUARI 2020
NGO Perak Serah Memorandum Kepada PM
Presiden Gagasan Melayu Perak, Datuk Mohd Razali Khalid (kanan) bersama Timbalan Presiden Gagasan Melayu Perak merangkap peguambela, Norali Nordin (tengah) ketika hadir bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri berkenaan bantahan terhadap pemberian tanah secara hakmilik kekal kepada penduduk kampung baru di negeri Perak di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 05 FEBRUARI 2020
Sidang Media: Zuraida bercuti dari jawatan politik
Timbalan Ketua Cabang PKR Ampang, Hamsah Djabir (dua kanan) bersama Setiausaha Politik Naib Presiden PKR, Nor Hizwan Ahmad (dua kiri) bercakap pada sidang media bagi mengulas kenyataan Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul berhubung pemecatan Naib Presiden PKR di Ampang Jaya, Ampang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 05 FEBRUARI 2020
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor Di Majlis Penganugerahan Kontinjen...
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor (tengah) diiringi Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias (tiga kiri) dan Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail (dua kanan) menyampaikan juara kategori daerah terbaik kepada Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Barudin Wariso (dua kiri) pada Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah 16/2020 sempena Tahun Baru Cina di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 05 FEBRUARI 2020
Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Rakan Strategik KPLB
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama diiringi Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ahmad Jailani Muhamed Yunus pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Rakan Strategik KPLB di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 30 JANUARI 2020.
Dr Dzulkefly Hadir Persidangan ‘Rethinking Drug Policy in Malaysia’
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (duduk, tengah) bergambar kenangan bersama bekas Presiden Switzerland dan Ketua Suruhanjaya Global Mengenai Polisi Dadah, Ruth Dreifuss (duduk, dua kiri), bekas Presiden Timor-Leste, Jose Ramos-Horta (duduk, dua kanan), dan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman (duduk, kanan) pada persidangan 'Rethinking Drug Policy in Malaysia' di UM, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 30 JANUARI 2020
Dr Wan Azizah, Dr Dzulkefly Hadir Taklimat Koronavirus
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (dua kiri) diiringi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (kiri) melihat status terkini pada Sistem Pengurusan Bencana, Wabak, Krisis dan Kecemasan (MyCPRC) selepas hadir mendengar taklimat perkembangan terkini Kluster 2019-nCoV dan penularan wabak koronavirus di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC), Kementerian Kesihatan, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 29 JANUARI 2020.
Daily Life | Rezeki #2020
Dua penduduk tempatan kelihatan memancing pada waktu petang untuk mencari bekalan makanan tambahan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Pekan Papar, Papar, Sabah. foto FAREEZ FADZIL, 19 JANUARI 2020
LENSA MG | Lebuhraya Pan Borneo
Lebuhraya Pan Borneo masih dalam pembinaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kimanis, Sabah. foto FAREEZ FADZIL, 19 JANUARI 2020
[FOTO] Mohamaddin Ketapi Mempengerusikan Mesyuarat Khas dan Sesi Taklimat Isu Novel...
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi (dua kiri) mempengerusikan Mesyuarat Khas dan Sesi Taklimat Berkaitan Isu Novel Koronavirus bersama Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad (kiri), Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik (kanan) dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (tiga kiri) serta yang lain di Pejabat Kementeri Pelancongan, Seni dan Budaya, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 28 JANUARI 2020














![[FOTO] Mohamaddin Ketapi Mempengerusikan Mesyuarat Khas dan Sesi Taklimat Isu Novel Koronavirus](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/01/MGF28012020_MESYUARAT-KHAS-KORONAVIRUS_06-300x194.jpg)


