Tuesday, February 11, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

994 Artikel 0 Komen

Malik Dasthigeer Sampaikan Sumbangan kepada Pesakit di HKL

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada pesakit diiringi Ketua Komunikasi Korporat HKL, Norazah Muhamad Azha (kanan) pada Program Melawat dan Menyampaikan Sumbangan Aidilfitri 2019 Kepada Pesakit-Pesakit Hospital Kuala Lumpur di HKL, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 30 MEI 2019

Anwar Ibrahim Pengerusi Mesyuarat Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen

Pengerusi Kaukus Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) ketika mempengerusikan Mesyuarat Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen bersama Ahli-Ahli Jawatankuasa Kaukus Parlimen di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 28 MEI 2019

Ramah Mesra Bersama Menteri Sumber Manusia

Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran (dua kiri) diiringi Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar (kiri) menyerahkan sumbangan kepada anak-anak dari Rumah Bakti Nur Ain Bangi pada Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Sumber Manusia di Hotel Le Meridien, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 27 MEI 2019

Kulasegaran Pengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC)

Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran (tengah) ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) diiringi Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar (kiri) di Hotel Le Meridien, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 27 MEI 2019

Saifuddin Nasution Rasmi Bilik Pendengaran Tribunal Rayuan Persaingan (TRP)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (dua kiri) mendengar penerangan dari Setiausaha TRP, Asha Hoe Soo Lian (kiri) diiringi Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Muez Abd Aziz (dua kanan) dan Presiden TRP, Datuk Abu Bakar Jais (kanan) ketika melawat bilik pada Majlis Perasmian Bilik Pendengaran Tribunal Rayuan Persaingan (TRP) di Pejabat KPDNHEP, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 27 MEI 2019

Daily Life – Barber Orang Lama #RayaAidifitri2019

Pekerja memotong rambut pelanggan sebagai persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIL, 25 MEI 2019

10 Jenis 10 Negara! Bernas #BuburLambuk Antarabangsa

Ketua Komunikasi Korporat Bernas, Norliza Mat Isa (kanan) berbual ketika mengedarkan bubur lambuk kepada pelancong pada Program Ikhlas Bernas Bubur Lambuk Antarabangsa di Pasar Seni, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 24 MEI 2019

Pelancaran Aplikasi FlySmart

Pengunjung, Syazlina Musa menunjukkan aplikasi mudah alih FlySmart pada perasmian aplikasi itu di Kl Sentral, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 24 MEI 2019

Sidang Media Copa America 2019

Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Muis Shefii (tengah) bersama Pengarah Bahagian Program TV RTM, Norliza Ali (berdiri, empat kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Sport Media & Distributor, Datuk Zaharul Annuar (enam kanan), bekas-bekas pemain bola sepak Malaysia serta yang lain bergambar kenangan pada sidang media Copa America 2019 di VE Hotel Residences, Bangsar South, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 MEI 2019

7 Beranak Berlauk Garam Dapat Baju Raya Baru #Ramadan2019

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (kanan) melihat Marsyila Zakaria (dua kanan) mencuba baju untuk anak-anaknya sebagai persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri di Jakel, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 MEI 2019