Tuesday, May 28, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

983 Artikel 0 Komen

Ismail Sabri Peluk KJ Tawan Parlimen Sungai Buloh #PRU15

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpelukan dengan calon Barisan Nasional P.107 Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin ketika hadir berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Restoran Real Tomyan, Kota Damansara. Foto FAREEZ FADZIL, 14 November 2022.

Megat Zulkarnain Bantu Peniaga Lariskan Jualan #PRU15

Calon Barisan Nasional P.098 Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din (tiga kiri) membantu peniaga pasar bagi melariskan jualan ketika sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pasar Pagi Taman Greenwood, Gombak. Foto FAREEZ FADZIL, 13 November 2022.

Kempen #PRU15 Khairy Jamaluddin

Calon Barisan Nasional P.107 Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin (kanan) bersalaman dan beramah mesra dengan pelajar tahfiz ketika hadir melawat sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Darul Ulum Az Zahra, Sungai Buloh. Foto FAREEZ FADZIL, 12 November 2022.

‘Minum Air Piring’ Imbau Zaman Dahulu #DailyLife

Seperti mengimbau semasa zaman dahulu dimana seorang penduduk, Syukri Mohamad menikmati air kopi menggunakan piring alas cawan airnya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Felda Bukit Puchong, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 10 NOVEMBER 2022.

Azmin Ali, Amirudin Shari Calon P.098 Gombak #PRU15

Calon Perikatan Nasional P.098 Gombak, Datuk Seri Azmin Ali (kiri) berpelukan bersama calon Pakatan Harapan P.098 Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari ketika hadir bagi menyerahkan borang penamaan calon sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan SMK Sungai Pusu, Gombak, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 05 NOVEMBER 2022.

KJ Bersama Warga Hospital Sungai Buloh

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (kanan) beramah mesra bersama sebahagian warga Hospital Sungai Buloh pada Sambutan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 03 NOVEMBER 2022.

Tawaran Anak Muda Harapan #PRU15

Penyokong, Kareemah Abdul Rahman, 23 membaca buku Tawaran Anak Muda Harapan selepas pelancarannya di Petaling Jaya, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 30 OKTOBER 2022.

Sidang Media SPR Umum Tarikh Penting PRU15

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh (tiga kanan) bergambar kenangan selepas menyampaikan watikah pelantikan Pegawai Pengurus Parlimen sempena Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 di Menara SPR, Putrajaya. Foto FAREEZ FADZIL, 20 OKTOBER 2022.

PM Lancar dan Serah Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad bergambar kenangan dengan pelajar sambil menunjukkan peranti yang diterima mereka pada Majlis Pelancaran Inisiatif Perantisiswa Keluarga Malaysia di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 03 SEPTEMBER 2022.

Rafizi Selesai Beri Keterangan Kepada Polis di IPD Sentul

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berjalan keluar selepas memberi keterangan susulan dakwaan yang mengaitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dengan isu berkaitan projek kapal tempur pesisir (LCS) di di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, , 03 SEPTEMBER 2022.