Sunday, May 5, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

983 Artikel 0 Komen

Malam Gala ‘Varsity Entrepreneurship Skills And Talens’ (VEST)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) menyampaikan anugerah kepada juara 'Varsity Entrepreneurship Skills And Talens' (VEST) dari Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) sambil diiringi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin (dua kiri) pada Malam Gala 'Varsity Entrepreneurship Skills And Talens' (VEST) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. foto FAREEZ FADZIL, 15 OKTOBER 2017

Pat Perez – Juara Golf CIMB Classic 2017

Pemain golf dari Amerika Syarikat, Pat Perez diraikan kemenangannya dengan disimbah air selepas menjuarai pertandingan Golf CIMB Classic 2017 di Tournament Players Club (TPC), Kelab Golf Bukit Kiara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 15 OKTOBER 2017

Malam Anugerah Media Pembinaan CIDB 2017

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof (tiga kiri) diiringi Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (dua kiri) beramah mesra dengan sebilangan pemenang Anugerah Media Pembinaan CIDB 2017 Kategori Media Cetak, Kategori Media Penyiaran Elektronik & Video Portal Berita dan Kategori Fotografi pada Malam Penghargaan Media Kementerian Kerja Raya (KKR) di Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 OKTOBER 2017

JSJK Bukit Aman – Rampasan Sindiket Cetak Rompak

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani (tengah) menunjukkan barang-barang rampasan setelah berjaya menumpaskan sindiket yang menjalankan kegiatan cetak rompak pada sidang media di Menara 238, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 06 OKTOBER 2017

Noh Omar Tinjau Pangsapuri Taman Puchong Permai

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar (kanan) melihat kawasan persekitaran pangsapuri ketika membuat lawatan kerja ke Pangsapuri Taman Puchong Permai di Puchong, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 05 OKTOBER 2017

Najib Lancar TVET Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) diiringi Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem (dua kiri) ketika melihat pameran robot pada Majlis Pelancaran TVET Malaysia di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Shah Alam. foto FAREEZ FADZIL, 27 SEPTEMBER 2017

Perdana Menteri Bersama Warga TM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) yang meruapakan warga TM selepas menyampaikan ucapan pada sesi Perdana Menteri bersama warga TM di Pusat Konvensyen TM, Bangsar. foto FAREEZ FADZIL, 25 SEPTEMBER 2017

Aksi Ping Pong Para ASEAN KL2017

Atlet Para ASEAN negara, Chung Sow Fun ketika beraksi dalam acara ping pong SF5 round robin wanita menentang pemain Thailand pada Sukan Para Asean KL2017 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 23 SEPTEMBER 2017

Sinar Emas Atlet Negara – Para ASEAN KL2017

Aksi atlet Para ASEAN negara, Faridul Masri semasa acara lontar peluru T56 lelaki akhir pada Sukan Para Asean KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 22 SEPTEMBER 2017

Larian 200meter Ridzuan Puzi – Pingat Emas

Reaksi atlet ASEAN negara, Mohamad Ridzuan Mohd Puzi (kanan) selepas memenangi emas dalam larian 200 meter T36 lelaki akhir pada Sukan Para Asean KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 22 SEPTEMBER 2017