Hari Anggara
Pameran AISSE’25
Pegawai polis ASP, Norashikin mencuba pistol elektrik yang terdapat pada Pameran Asia International Security Summit and Expo 2025 (AISSE'25) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Foto HARI ANGGARA, 20 JANUARI 2025.
Polis Tembak Mati 3 Penjenayah
Kenderaan digunakan oleh suspek (kiri) yang bergiat aktif dalam sindiket samun dan curi kenderaan di lokasi di Kota Emerald, Rawang, Selangor. Foto HARI ANGGARA, 18 JANUARI 2025.
Aplikasi MyJalan #KKR
Pegawai dari Kementerian kerja raya menunjukkan aplikasi 'MyJalan' yang menjadi inisiatif bagi memudahkan pengguna jalan raya melaksanakan aduan berkaitan kerosakan jalan di Pejabat Kementerian Kerja Raya, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 14 JANUARI 2025.
ARU Pakar Pembuat Periuk Tanah Liat #Ponggal
Pekerja ARU enterprise melakukan proses akhir iaitu mengecat serta memeriksa tembikar tanah liat tradisional sebelum dipasarkan semasa perayaan Ponggal atau pesta penuaian yang akan disambut masyarakat Hindu ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di KS Pottery, Kuala Selangor. Foto HARI ANGGARA, 12 JANUARI 2025.
Suasana Karnival Havoc Food Festival Sesak Dengan Pengunjung
Tinjauan trafik sesak di sekitar tapak Karnival Havoc Food Festival ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sama Square, Setapak, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 11 JANUARI 2025.
Jurugambar Didakwa di Mahkamah PJ
Suspek yang juga Jurugambar, Muhammad Imran Khairil (tengah) hadir ke Mahkamah Sesyen Jenayah atas dakwaan memukul dua pereka fesyen dalam sebuah majlis di di Petaling Jaya. Foto HARI ANGGARA, 10 JANUARI 2025.
Kiosk Sentuhan Madani Pertama
Orang ramai menggunakan Kiosk Sentuhan Madani yang pertama, iaitu inisiatif terbaharu untuk memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan selepas peluncurannya di Alamanda, Putrajaya. Foto HARI ANGGARA, 09 JANUARI 2025.
PM Meluncurkan Forum Ekonomi Malaysia 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (empat kiri), Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli (empat kanan) dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar (tiga kiri) bergambar bersama hadirin selepas merasmikan Forum Ekonomi Malaysia 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 09 JANUARI 2025.
Saifuddin Nasution Pada Sidang Media Khas KDN
Reaksi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercakap kepada media selepas Sidang Media Khas KDN di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Foto HARI ANGGARA, 06 JANUARI 2025.
Rosmah, Pemimpin Politik di Istana Kehakiman #TitahAdendum
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut kelihatan hadir pada pendengaran rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto HARI ANGGARA, 6 JANUARI 2025.